Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Wednesday, March 30, 2011

Keberangkatan Merak

Esok Merak akan berangkat ke London menaiki Airasia-X.

Perasaan Merak bercampur baur. Tapi yg banyak mempengaruhi Merak, perasaan takut dan sedih.

Kenapa takut? Sbb Merak tak yakin pergi ke negara-negara Eropah. Takut keadaan di sana. Mcm-mcm yg Merak fikir dan semuanya menakutkan Merak. Hopefully apa yg Merak takutkan takkan berlaku. Amin.

Keberangkatan Merak kali ni tanpa Dia di sisi Merak. Merak rasa tak sempurna tanpa Dia. Plan Merak nak ke Eropah ni dibuat awal tahun lepas dan masa tu Merak masih single. Kan best kalu Dia pn ada. At least Merak takde la sunyi dan takut berseorangan.

So korang, Merak akan berhenti seketika update blog Merak ok. Nanti Merak akan citer kat semua pasal trip Merak ke Eropah.

Moga-moga semuanya berjalan dgn lancar dan Merak akan selamat. Amin. Doakan Merak sekali ye korang.

Ayam Jantan & Kambing

Merak nak tulis pasal satu cerita pendek ni. Antara Ayam Jantan dan Kambing. Nasib baik bukan dgn Merak. (^_~)

Ni kisah pendek dia

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya.

Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

Hehehehehe....lawak kan.....just nak ceriakan hari korang jer....hiks

Tuesday, March 29, 2011

Friendship MEN vs. WOMEN

Ni Merak nak tanya korang. Betul ke apa yg dikatakan dalam statement yg Merak quote kat sini? Ce kite tenung-tenungkan. Adakah benar?

"A woman didnt come home one night. The next morning she told her husband that she slept over at a friend's house. The man called his wife's 10 best friends. None of them knew anything about it"

"A man didnt come home one night. The next morning he told his wife that he slept over at a friend's house. The woman called her husband's 10 best friends. Eight confirmed that he had slept over, and two said he was still there"

Ish-ish......ape citer weh korg... (^_^)

Pemberian dari Tanah Suci

Merak bersyukur. Pepagi lagi Merak dapat rezeki.

Kakak yg duk sama pulau dgn Merak baru je balik dari Umrah. Ni Umrah ke-dua untuk dia. Alhamdulillah dia nampak sihat kembali ke ofis. Hopefully Umrah dia akan membawa keberkatan dan kerahmatan. Amin.

Merak terharu sgt sbb kakak tu bg Merak air zam-zam. Lama dah Merak tak minum air zam-zam. Tak ingat bila yg terakhir. Dapat gak merasa lagi air zam-zam ni. Syukur.

Terima kasih Kak Shida!! (^_^)

Apa ada dalam drawer Merak???

Pagi ni Merak mengombah drawer opis Merak. Yela. Dah lame tak kemas. Ntah apa je dalam drawer tu. Bangkai labah-labah banyak kot.

Jeng...jeng...jeng...korang nak tau ape dalam drawer Merak? Ce tengok...  ce tengok..




 Nila hasil tabungan Merak dalam 3 tahun rasanya. Ni baru kt opis. Dulu masa Merak duk kt Hulu Kelang, lg banyak syiling Merak tapi dh digunakan. =)

Lepas ni Merak mcm nak simpan rm1 sehari la. Ok x?

Monday, March 28, 2011

Car Accident

Sori korang. Merak tak sempat nak update korang pasal cerita keta Merak.

Actually last Monday (dh seminggu pun kes ni berlaku, baru nk update korang. Sian), masa tu Merak on the way nak balik ke Puchong. Kes ni berlaku selepas traffic light TPM tu.

Sesapa yg selalu ikut jalan situ tau kan betapa la jamnya traffic situ masa org nak balik keje kan. Masa tu Merak nak menuruni cerun bukit tu. Mcm selalu, Merak tak tekan minyak kalu turun bukit. Save skit minyak katanya.

Pastu, bila dh nak sampai kt traffic light kt Taman Rekreasi Bukit Jalil tu, traffic depan dh slow so Merak nk tekan brek tapi terlepas. Ape lagi.....DUSHHHH!! Merak melanggar bonet belakang keta depan Merak.

Pemilik keta tue seorg yg berumur. Keje sekuriti area Bukit Jalil gak. Memula tu nampak mcm marah giler pakcik tu tp nasib baik Merak dpt kawal keadaan. Tak jadi pakcik tu nak marah. So Merak pn setel la benda ni cara baik. Merak suruh pakcik tu claim atas insurans Merak. Tapi kan, bila Merak tgk keta dia, takde la teruk sgt. Lekuk skit je kt belakang tapi bonet depan Merak, astaghfirullah, mcm kna langgar Garuda!! Terperosok ke dalam. Alahai. Sedih Merak tgk. Yela. Merak tak penah accident tau! Tapi nak wat cane. Benda nak jadi kan. Merak reda.

Malamnya Merak pergi buat polis report kat Puchong Jaya. Rsnya dua jam Merak tunggu. Dari jam 9 lebih sampai la ke jam 12 baru siap. Lepas tu, Merak kan setelkan kes ni kat balai polis Sri Petaling ataupun Sg Besi. Since Merak tak tau sgt mana terletaknya balai polis Sri Petaling, Merak minta tunjuk jalan dari polis kt Puchong Jaya tue.

Dgn yakin polis wanita itew menunjukkan jalan. Kalu korg nak tau dia tunjukkan jalan ke balai polis Petaling bukan SRI PETALING!! Merak ade cuba confirmkn samada balai polis sri petaling dkat dgn Endah Parade tp dgn yakin polis wanita itew menidakkan Merak. So Merak just follow jela arahan polis kan.

Last-last Merak sampai balai polis Sri Petaling dalam jam 1 lebih. Pagi subuh giler korang. Mata Merak dh ngantuk ni. Sian Merak tgk Dia. Dia temankan Merak dari awal lg. Penat dan mengantuk dia. Nway, thank sayang sbb temankan Merak!!

Setelah selesai, Merak kna amik salinan report kat balai polis trafik Jalan Bandaran keesokan harinya. Selepas tu Merak hantar keta Merak ke Kepong untuk dibaiki. Sekian.

Itula citernya. Dah kot. Merak malas nak taip lagi. Korang jgn risau. Merak ok je. Cuma Merak ade trauma skit lpas accident tu. dalam beberapa hari Merak begitu takut nak memandu. Huhu. But skang dah ok. Merak dh kembali mengembangkan ekornya!! Yeay!!

Thursday, March 24, 2011

Exam

Esok Merak cuti sbb Merak nak amik exam sabtu ni. So kna study.


So korang semua. Jaga diri elok-elok ok.


Have a great weekend!! (^_^)

Merak vs. Ako Mustapha

Selesa lepas Merak pi setel hal keta Merak yg kna accident petang Isnin (nanti Merak buat posting pasal accident tu eh...tgh takde banyak masa ni).

Merak dan Dia pi Balai Polis Trafik Jalan Bandaran untuk dapatkan salinan report yg Merak buat semalamnya (jam 2 pagi baru Merak sampai umah..pnat!!). Masa sampai ke balai polis ni, adalah brader ni baik semcm je dgn Merak dan Dia. Tolong Merak setel kes Merak termasuk skali pembaikan keta Merak.

So, Merak dan Dia malas nk pening-pening kepala (tapi kami berwaspada takut kna tipu), kami ikut nasihat brader dan hantar keta Merak ke Jalan Jinjang, Kepong (jauh giler!! kawasan bengkel yg menakutkan!).

Masa on the way brader tu hantar Merak dan Dia balik ke Puchong (brader ni offer nak hantar kami balik..padan la muka sbb jauh kwsn umah kami), brader ni buka la citer.

"Saya ingatkan abang ni artis Ako Mustapha. Sekilas saya pandang tadi masa kat balai polis"

Terus Merak terkesima kejap.

"Aku dgn Ako Mustapha??!!"

Senyum lebar Merak. Banyak kali Merak dpt pujian tu. Itupn kalu Merak pakai spek mata hitam. Ce Merak buka spek tu... dari Ako Mustapha, Merak jadi brader potong rumput tepi umah Merak. Nanges!!

Ce korang tengok. Ade ke samenya Merak dgn Ako ni? Ceciter...ceciter...

 vs. 


CINTA

Merak tetiba rasa gedik plak nak menulis sajak untuk Dia. Rindu sgt kot kat Dia. Huhuhu.

Sebutir demi butir pasir kita kutip
Dari persisiran pantai cinta
Membina mahligai kasih yg didambakan
Tempat persinggahan sayang kita

Detik demi detik masa berlalu
Bersama memori indah bersama
Mencoret kisah bersejarah hubungan kita
Menjadi pedoman menyusuri hari muka

Setapak demi setapak menyusuri jalan ini
Walau beronak walau berduri
Biar terluka namun diteruskan jua
Demi kasih sayang yg tulus di hati kita

Genggaman tangan ini begitu utuh
Melindungi benteng cinta ini
Agar ia sentiasa mekar mewangi
Sehingga ke akhir nafas ku ini

(^_^)

Binatang Geli

Pg ni Merak dgr Hotfm and tajuk perbualan pg ni ialah BINATANG YG MENGGELIKAN ANDA.

Trus masuk dlm kepala Merak... ULAR ....

Yes...percayalah. Merak mmg geli dgn ular. Bile ckp pasal ular trus meremang bulu Merak. Skang ni pn Merak dh meremang. Alahai.

Ok la. Taknak tulis panjang. Cukup la sampai sini. Kang Merak tak leh wat keje nanti. Huhuhu

Roti Telur

First of all....

DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAPPPPPP!!!

Itulah expression Merak bile lidah Merak merasai keenakan roti telur yg disediakan oleh Dia. Sedap!! Bercecahkan sos yg Merak beli dr Surabaya. Kombinasinya amat memukau!! Pergh. Masih terasa kelazatannya sampai sekarang. Hehehehe.

So itulah brekpes Merak pagi ni sambil minum Power Root Ali Cafe White Coffee sebagai kick utk segarkan diri pg ni.

Korang brekpes ape eh? Ceciter...ceciter... hiks

Wednesday, March 23, 2011

Takde MOOD

Pg ni Merak takde mood nk menulis di blog.

Hari Isnin lepas ada kisah. Nanti Merak update ok. Skang ni Merak nk minum dulu.

~ Jom MINUM ~

Monday, March 21, 2011

Toy Merak yg Baru

Semalam Merak kuar sakan dgn Dia. Walaupun memula Dia moody sbb Merak janji nk kuar jam 130 tapi leka tgk kartun di ANIMAX terus nmpk jam dh jul 300. Monyok skit Dia. Alololo. Jgn la majuk. Tak sedar la. Huhu..

Tempat pertama yg kami tuju ialah SUMMIT! Dia kata kat sane murah utk gadjet. Sampai je SUMMIT, Merak dan Dia terus melilau cari kedai gadget. Setelah beberapa kedai kami kunjungi, akhirnya Merak dpt cari yg paling murah. Merak suka!!

Korang mesti tertanya-tanya kan apa mainan Merak yg baru. Kalu korg nak tau. Nila dia. Jeng...jeng...jeng... sila melopong ya. Best gadjet ni!!!

Introducing PSP 3006!!!


Kucing MATI

Malam tadi, Merak keluar dgn Dia pergi isi air kosong dalam botol-botol kosong. Air dalam peti sejuk dh abis. Tiada setitik pun (copy paste dr ungkapan Dia. Hiks).

Dalam perjalanan ke sana, Merak terkejut melihat seekor kucing yg sedang meloncat-loncat seperti ikan yg hampir mati. Apa yg sedang berlaku ya. Merak terpinga-pinga.

Bila kereta kami lalu berdekatan dgn kucing itu, terjawab semuanya. Rupa-rupanya kucing itu telah dilanggar oleh sebuah kereta yg baru berselisih dgn kereta Merak.

Ya Allah. Sayu je Merak tgk kucing tu. Tinggal nyawa-nyawa ikan. Merak tau, kucing tu pasti terseksa dgn kesakitan yg teramat sgt. Merak memberitahu pemilik rumah di mana kucing itu terlantar. Rupanya kucing pemilik rumah itu. Mendengar anak perempuan mengeluh sedih, Merak bertambah sayu.

Inilah kali pertama Merak terlihat kucing hampir-hampir mati. Bagaimana terseksanya kucing tu. Huhuhu. Sdey... =(

Merak & Takuk Lama

Pagi ni Merak baca coretan Dia. Huhu. Merak tersentak. Masih tiada perubahan rupanya Merak ni. Merak masih di takuk lama. Apa yg Merak harus lakukan. Segala yg Merak lakukan nampaknya tidak membuahkan hasil malah membuatkan situasi makin teruk.

Jumaat lepas, masa lunch, Merak telah ke MidVal bersama teman rapat Merak, Aidil. Plan kami hanya mau makan tengah hari di sana. Tiada niat lain. Permulaan yg melambatkan kerna train sampai lewat. Merak dh lali dgn komuter. Ramai yg komplen pasal kelewatan train setiap hari. So malas nk geram-geram dgn train.

Sesampai di MidVal, kami ke Belanga memesan Laksa Asam. Merak tak bleh makan yg heavy-heavy sgt skang ni. Berat badan Merak makin bertambah. Pelik Merak. Lagi dijaga lagi bertambah. Huhu.

Sepanjang Merak di Belanga, coverage mmg suck. Tak dpt terima mesej apatah lagi membalas. Ada beberapa mesej dr Dia Merak tak dapat balas. Merak pasti Dia tertanya-tanya. Risau Merak.

Lepas makan, Merak balik menaiki train jg. Namun Merak masih gagal menghantar mesej kpd Dia. Apalah nasib Merak. Im sure Dia akan marah. Huhuhu. Dan seperti yg dijangka, selepas Merak sampai di opis, Merak terima mesej darinya. Lebih dari 10 mesej termasuk miss call notification. (Alamak!!) Merak bertambah risau. Tapi Merak tak dapat menghubunginya terus. Masuk saja ke opis, manager Merak panggil. Ada dokumen penting yg harus disiapkan hari tu juga. Haisssh.

Bila Merak dh free, Merak cuba jelaskan pdnya namun hampa. Merak paham situasinya. Kerana kisah lalu yg begitu melukakan hatinya, Dia masih prasangka dgn Merak dan Merak tidak menyalahkannya. Kerna Merak sendiri yg mencari bala.

Plan kami nak menonton movie Merong Mahawangsa hampir-hampir terbantut. Dia begitu terkilan dgn Merak. Marah Merak rasa. Setelah kisah tengah hari, ditambah pula dgn Merak terpaksa stay di office sampai jam 7 kerana Merak kena tunggu pihak atasan kembalikan dokumen untuk tindakan selanjutnya. Merak bertambah terseksa. Merak tau Dia makin prasangka. Huhu.

Dia,
Setelah apa yg berlaku lalu, I berjanji pd diri sendiri tidak akan sesekali melukakan hatimu. I telah berjanji! I tau kepercayaanmu makin merosot. Jd, I akan terus berusaha. Walau payah mcm mana pun. Mendapatkan kembali kepercayaanmu. Janjiku bukan kosong semata. Akan I buktikan pd U.


I tau, pada U, kata-kata kemaafan dr I tidak bermakna apa-apa. Tidak membawa erti apa-apa. Hanya sekadar ungkapan utk melepaskan diri. Tapi percayalah, bukan itu niat I. Bukan utk melepaskan diri. Air mata yg tertitis kerna perasaan serba salah yg teramat serta rasa diri yg tidak diendahkan bagai org asing ketika di samping.


I akan berusaha SAYANG. Utk CINTA kita. I akan berusaha bersungguh-sungguh. Percayalah.

Friday, March 18, 2011

Immunity

Posting ni Merak nk luahkan pendapat Merak pasal IMMUNITY. Adakah pihak berkuasa memiliki IMMUNITY di atas regulations yg dikenakan kepada org kebanyakan?

Contohnya, org ramai dikehendaki memakai tali pinggang keledar ketika memandu di jalan raya. Tapi mengapa sesetengah pihak berkuasa tidak memakainya? Ada yg kata senang nak kuar kereta dan kejar penjahat. Katanya.

Lagi satu, setiap pagi Merak diingatkan di corong-corong radio agar jangan bersms ketika memandu. Tak kiralah dalam kereta atau menaiki motorsikal. Tapi semalam, Merak terkejut. Ada pihak berkuasa sedang menunggang motorsikal sambil bersms. Hurmmm... Mcmane tu eh? Merak heran la.

Sepatutnya, semua regulations yg diaktakan seharusnya merangkumi pihak berkuasa tanpa pengecualian. Tapi Merak rasa ada pengecualian yg sedang berlaku di negara kita.

Merak ada belajar pasal perbezaan antara Shariah Laws dan Human-made Laws. Salah satu perbezaannya ialah Allah mengenakan Shariah Laws kepada manusia tanpa ada elemen kepentingan untuk diriNya malah untuk kebaikan manusia sejagat. Namun Human-made Laws bersifat kepentingan diri di mana ia diaktakan untuk menjaga kepentingan peribadi ataupun sekelompok manusia.

Renung-renungkanlah eh... =)

(^_^)

Tok!! Tok!! Ade Rendang Ayam tak??

Memula Merak nak cakap.. YUMMM!!!! Dap!!! Hehehe

Pg ni brekpes Merak lain skit. Dia bekalkan Merak dgn Rendang Ayam Tok yg dimasak oleh Mak. Sedap!! Merak suka makan. Semalam petang je dua kali Merak tambah nasi (abislah diet Merak!!!). Mcm tu sekali kesedapannya rendang tu.

Utk Dia,

Mekacih eh susah-susah bawa dari Seremban utk Merak. Merak hargai sangat.

Utk Mak,

Sedapnya Mak masak. Nak resipi leh? Kite wat barter trade nak? Merak kasi resipi rendang Merak. Mau? hehehe

(^_^)

Thursday, March 17, 2011

Angka 3

Korang, Merak nk bagitau berita gembira ni.

Fyi, hari ni genaplah 3 Bulan, 3 Minggu and 3 Hari Merak bercouple dgn Dia.

Merak nak kongsi kegembiraan Merak dgn korang semua.

Walaupun banyak perkara yg berlaku dalam masa ni, tp hubungan kami makin utuh. Banyak benda Merak belajar dari hubungan Merak dgn Dia.

Merak akan berusaha memastikan kisah Merak dan Dia akan sampai ke nafas terakhir. InsyaAllah.

(^_^)

Madah Merak

Posting kali ni Merak nk bermadah skit. Nak asah bakat Merak yg dh lame Merak lupakan. Dulu zaman sekolah Merak rajin buat sajak tp skang ni Merak dh hilang "touch" dia. Huhu.


Kau berbaju biru
Warna kegemaranku
Nampak manis di mataku
Lalu jatuh ke hatiku


Tanpa kusedar aku terhanyut
Dalam aliran hubungan yg tidak dijangka
Manis semanis madu
Kau hulurkan kehangatan dgn ikhlasmu


Benar dan iya
Aku menyayangimu sepenuh hatiku
Ku rindu setiap saat kita berjauhan
Rindukan kerenahmu, manjamu dan belaianmu


Ku harap hanya satu
Seperti mana kau harapkan
Agar hubungan ini kekal
Sehingga ke nafas terakhir kita


Akan kutempuh
Akan kubuktikan
Sejujur, seikhlas cintaku padamu
Biar kau tahu, yang aku CINTA PADAMU


=)

Brekpes Merak

Minggu ni Merak begitu konsisten menjaga pemakanan Merak. Kudos untuk Merak!!! (sila sembah ratu kt Merak ye...hiks)

Korang nak tau ape Merak makan setiap kali brekpes? Merak hanya minum Cadbury's Hot Choco Drink and couple of biscuits. Itu sajork. Skang ni Merak tak leh makan banyak-banyak. Banyak baju and seluar Merak yg cantik-cantik (berangan) tak bleh pakai. Sian. << nanges >>




Korang selalu brekpes pe eh pepagi? Sure makanan yg berkhasiat kan. Jgn jadi mcm Merak. Dh terngadah barulah nak DIET. huhuhu.

~ Jom MAKAN!! ~

Wednesday, March 16, 2011

Rindu

Merak dr pagi tadi kerinduan. Rindu kat Dia sesgt. Apa lah yg Dia sedang buat skang ni eh?

(^_^)

Merak Jealous dgn Sayap Halusinasi

Post kali ni Merak nak tujukan kecemburuan Merak kat adik bongsu Merak ni. Ye la. Blog dia ade header yg cantik. Cuba korang tengok. Cantik kan?


Merak curi dari Sayap Halusinasi
 Korang pila jenguk blog dia. Header dia siap ade titisan ujan lagi. Merak jeles sgt. Suka dgn banner dia. Mcm mane eh nak buat?

Wak AG vs. Cikgu Shida

Merak respek ratu la kat Cikgu Shida. Yela. Cikgu Shida ni mmg femes kt Youtube sbb dia selalu upload video yg dia buat sendiri dgn lip-sing lagu-lagu femes skang ni. Bile Merak tgk video-video dia, mmg melucukan. Tak kering gusi Merak layan.

So skang ni, HotFM tgh wat pertandingan antara Wak AG dan Cikgu Shida. Perghhhh..... Cikgu Shida dh masuk radio la plak. Mmg femes cikgu ni. Leh wat duit kan hanya buat lip-sing jer. Good job la kt Cikgu Shida.

Merak harap Cikgu Shida akan menang dlm contest ni sbb Cikgu Shida mmg SPORTING and HILARIOUS!!!

All the best CIKGU SHIDA!!!

Nota kaki: Merak nk upload gmbr diorg tapi tak tau la nape tak bleh...~nanges~

Betul ker?

Mcm biasa setiap pagi masa Merak nak ke opis, Merak akan dgr HotFM. Kira Merak ni fan dia la kan.

Topik yg diperbualkan harini ialah "MATI PUCUK" disebabkan oleh telefon bimbit.

Kat opis pn kawan Merak ada forward artikel kt Kosmo pasal topik nie.

So, korang rasa betul ker eh? Bg Merak ada betulnya. Sbb gelombang elektromagnetik ni tak elok utk badan kita. Since ramai sgt lelaki letak tepon bimbit diorg kt kocek seluar bermaksuk dkat dgn kemaluan masing-masing, so ada kebarangkalian fakta ini benar.

Jadi, mcmane eh lelaki-lelaki ni nak simpan tepon bimbit diorg eh? Mcm Merak, Merak simpan dlm beg putih Merak. Kalu di opis, Merak letak dlm drawer je which is jauh dari badan Merak. Hopefully, Merak xde la MATI PUCUK. Kalu tak, mcm mane Merak nk bertelur kan. Sian. Hahahaha.

Tuesday, March 15, 2011

Buntu

Merak buntu skang ni. Masalah Merak tak reda-reda lagi.

Apa yg Merak kna buat bg meredakan situasi yg Merak sedang alami ni?

Tolong Merak!! Tolong!!

.......

Merak tak tahu mana salahnya Merak.

Salahkah Merak bila Merak suruh privatekan gambar untuk menjaga maruah dan harga diri?

Merak mohon dgn cara baik tapi disalahertikan.

Merak dikatakan MALU utk upload gambar bersama <<--- Merak tak MALU sekiranya gambar itu tidak mengundang umpatan org!!

Merak dikatakan TAK STAND UP utk pasangan Merak dan lebih UTAMAKAN apa yg org lain kata <<--- Sudah pastinya Merak UTAMAKAN pasangan Merak dalam segala hal. Namun, jika sesuatu benda itu mengundang masalah, sudah pasti Merak akan mengawalnya dari berlaku sbb kita hidup bermasyarakat terutama sekali di pejabat. Menjaga impression pihak atasan adalah PENTING tapi tak semestinya itu dikategori TAK STAND UP utk pasangan.

Mengapa perlu generalise hanya kerana satu perkara? ~sigh.... =(

Marah

Pada ketika ni, Merak mmg tgh MARAH!!

Monday, March 14, 2011

Demam dan World Invasion

Jumaat lepas Merak MC. Tak berapa sihat. Doktor kata Merak kena Vertigo. Kalu nak tau Vertigo tu satu penyakit yg membuatkan kita rasa pening, muntah dan ingin jatuh bila bangun. Kesian Merak tau. Nasib baik ada Dia yg tolong jagakan Merak. Thanks Dia!! =)

Pastu, nak dijadikan citer, Dia pn tak sihat juga haritu. Lepas je anta Merak ke klinik, dia kena selesema, ada la demam skit. Sian Dia. Lepas pi klinik, kami singgah ke opis Noor makan brekpes. Sedap nasi lemak makcik tue. Yummy!! (makan lagi!!)

Kemudian, kami balik rumah. Nak rehat sbb masing-masing tak sihat. Lepas makan ubat, kami pun tido. Alhamdulillah, Merak dah ok skit pd waktu petang tp Dia masih tak ok. Siannya!!

Merak soh Dia makan ubat lg. Kali ni ubat selesema. Ubat yg mengantukkan! So ape lg, Dia sambung tido. Hehehehe. Nasib baik dia dh bertambah ok masa kami nak ke panggung tgk citer World Invasion: Battle Los Angeles (sempat kan!!).... =)

Majlis Kahwin dan Jimrami

Kali ni Merak nak update ape yg Merak buat masa weekend lepas. Alhamdulillah, masa weekend Merak dipenuhi dgn aktiviti yg best!! Merak suka!!

Setiap Sabtu Merak ada kelas on Islamic Laws. Hehehe. Best tak bunyi dia? Merak baru je start. Dh masuk kelas kedua nie. But Merak taknak citer pasal kelas. Merak nak citer pasal benda yg best nih. Hehehe

Kwn baik Merak melangsungkan perkahwinan dia Sabtu lepas di Ipoh kat Seri Malaysia Hotel. Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar dan ramai yg datang. Merak suka makanan yg dihidangkan. Semua sedap belaka. Merak rasa mcm nak bungkus je bawa balik. Ekekeke.

To my BFF Fendy,

Merak nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga korang memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dikurniakan zuriat2 yg soleh dan solehah. Dilimpahkan rezeki-rezeki yg halal. Amin....

Lepas je ke Ipoh, Merak bertolak ke Sitiawan plak. Singgah ke umah mak kwn baik Merak, Noor. Memula tak berhajat nak tido sane tapi sebabkan letih sgt, bermalam lah di umah mak Noor.

Yg bestnya, bertandang umah org, Merak, Dia and Noor, ajak mak Noor sekali main Jimrami!!! Mmg best!! Korng mesti tak tau permainan ni kan. Takpe. Korang pi google kt tenet eh. Mmg addicted tau main benda ni. Kitaorg main dari pagi sampai la jam 3.00 ptg. Best!!

Lg satu yg best, mak Noor masak masakan yg sedap-sedap belaka contohnya pakis tumis, ayam lemak cili padi, sambal daging lembu dan sambal belacan. Pergh!!! Sedap hingga menjilat jari!! Merak terpaksa unbutton seluar Merak sbb dh kembung sangat. Hahahahaha.

So ni la diary Merak last weekend. Korang plak mcm mane? Merak pasti semuanya best-best belaka kan?

Traffic Light

Hari ni Merak nk bebel skit. Nak tau mengapa Merak nak bebel? Jap eh. Nanti Merak citer.

Ok... korang penah tak geram dgn trafic lights kt tempat tinggal korang? Selalunya apa eh masalah yg benda tu buat sampai korang meroyan? Mesti sbb traffic light tak berfungsi kan?

Merak plak lain citer. Kalu korang nak tau. Kat tempat tinggal Merak ada 10 traffic lights yg Merak kna harung setiap pagi kalu nak ke opis. Nonsense tak?!! Gigihkan nak harung traffic lights 10 biji. Itu je nak ambil masa yg panjang. Huh! Mmg tak praktikal. Selalu menyebabkan traffic jam yg tak diperlukan.

Ok, fine lah kalu nak ada traffic lights byk-byk tapi kalu bleh system tu praktikal la skit. Ni tak, traffic sni hijau kt depan mula nak merah. Jarak antara satu sama lain tak jauh. Dekat je. Bleh? Aiyooo... Menyirap tau Merak mcm ni. Geram je.

Merak tau traffic lights digunakan utk mengawal jalan tapi kalu dh mcm ni ape MOTIFnya? Aiyoooo!!!! Sentap!

Thursday, March 10, 2011

Jenjalan Waktu Lunch

Lunch kali ni special skit bg Merak. Dia dtg ke opis Merak and plan to have lunch sesama. So Merak ape lg, melompat girang lah.

Ikutkan plan, nak makan kat Medan MARA but ramai bangat manusia kat situ so kna tukar tempat. Merak cadangkan kat kompleks bersebelahan dgn Medan MARA tue. Nasib baik tak ramai org lagi. Syukur. =)

Lepas makan Merak pi jenjalan dgn Dia di sekitar kompleks. Kedai-kedai yg Merak tuju, sudah pasti, kedai telefon. Saje nk tengok keluaran terbaru di pasaran skang ni. Dgr citer Samsung ade kuarkan phone baru. Nama dia Samsung Galaxy S II.

Merak ada masuk satu kedai ni. Owner dia mmg peramah (biasalah nak jual barang kan..cuba kalu soh dia perbaiki phone yg kita dh beli...HARAM nak layan kan..mcm-mcm la alasan kan...). So Merak pun tanye ada tak Samsung Galaxy S. Sekali dia bg model lama. Dia siap propa dgn Merak kata ni model Samsung yg terbaru.

Gempar jap Merak kat kedai tue. Dia igt Merak tak baca surat khabar ker? Aiyoooo!! Perlu nk propa kan. Nak jualkan barang. Ish...ish...ish...

Lepas je Merak belek-belek phone tue, Merak berlalu pergi. Mmg best model tue tp takpe. Nanti jatuh gak harga dia. Skang ni RM1800 tau. InsyaAllah kalu ade rezeki Merak beli lain kali.

Nota kaki: Merak ni mmg fanatik dgn phone gadget and komputer. =)

Kanak-Kanak Riang & PJ

Tadi masa Merak buat air coklat (instant je), Merak terpandang ke padang sekolah yg berdekatan dgn opis Merak. Merak ternampak sebaris kanak-kanak (rsnya murid darjah 1 atau 2) di tengah-tengah padang sedang mengikuti subjek Pendidikan Jasmani (PJ).

Tercuit hati Merak lihat gelagat bebdak tue. Terimbau masa Merak sekolah rendah dulu. Masa tu Merak comel sgt (angkat bakul lagi....). Merak paling suka subjek PJ sbb Merak bleh main-main. Seronok giler. Merak yakin korang pon suka subjek PJ kan? Hehehe.

Dalam kumpulan kanak-kanak tue, Merak tgk yg nakalnya (tak ikut cakap cikgu) ialah bdak perempuan. Heran juga Merak. Yela, bdak perempuan kan selalunya ikut kata. Tapi kumpulan ni tidak. Merak tgk beberapa bdak perempuan menyakat guru mereka. Tergelak kecil Merak tengok. Mmg comel diorg nie (yela kecik lagi kan. Cuba kalu dh besar..ekekeke)

Merak nak sangat jadi CIKGU sekolah rendah, melayan kerenah bebdak. Tapi....sampai ke tak impian Merak eh.... =)

Sup Sayur Ayam

Yum...yum...yum!!

Dengar je Sup Sayur Ayam yg Merak buat meleleh-leleh air liur Merak skang ni. (angkat bakul please...hiks)

Actually, Merak suka masak sup sayur ayam ni. Si Dia and my fwen suka masakan sup Merak cuma my fwen suka Merak potong saderi besar-besar. Baru leh kunyah katanya (Ok, noted Noor. Next time I potong besar-besar eh. Awas kalu ko komen lagi!! Hiks)

Nak tau mcm mane Merak masak sup sayur ayam? Very simple Merak masak. Campak-campak jer. Hehehe.

Ni bahan-bahan yg Merak selalu gunakan:

  1. fillet ayam
  2. saderi
  3. kentang
  4. lobak merah
  5. bawang merah besar
  6. bawang putih
  7. sup bunjut
  8. pati ayam
  9. tomato
Cara-cara memasak plak:

  1. Tumiskan bawang merah dulu, kemudian masukkan bawang putih. Bila dh layu and kuarkan bau, masukkan kentang yg dipotong dadu. Garingkan sedikit kentang dgn bawang.
  2. Kemudian, masukkan ayam dan lobak merah yg dipotong kecil dan biarkan 5 minit. Kemudian, masukkan air dan sup bunjut dan biarkan mereneh seketika.
  3. Masukkan pati ayam, garam, lada hitam, tomato dan saderi.
  4. Biarkan mereneh dlm 5-10 minit.
  5. Siap.
Itulah sup masakan Merak. Harap mencuba ya. =)

Wednesday, March 9, 2011

AWAS si Copycat!!!

Merak tgh geram nie. Dia ada bgtau Merak td yg ada follower blog dia gna nickname sama dgn Merak. Gempar kejap.

Perlu ke nak copy nickname Merak n buat taik kt blogspot ni?

Kepada sesapa yg baca blog Merak dan cuba sabotaj Merak, AWAS!!


Cubalah korang wat benda yg baik2 ker dan jangan ganggu ketenteraman hidup org.


Aiyoooo... Merak gempar la!!!


AWAS!!!

Raket Badminton

Pagi ni masa Merak nak pi opis, Merak nampak ramai orang (kebanyakkannya wanita) membawa raket badminton.

Merak pn heran la. Nape plak ramai yg bawa raket. Ada Hari Raket Badminton sedunia ke? Hehehe.

Korang ade perasan tak? Ce korg tanye diorg nape bawa raket. Tapi korang kna igt tau. Bawa perisai. Tak pasai2 kepala korang kena hambat dgn raket tue. Ekekekeke.

Oklah....Merak nak sambung keje.... =)

Tuesday, March 8, 2011

Idea

Hurmmm.... Arini Merak mmg busy kt opis tapi sempat gak menggatalkan jari menaip blog. Hehehe.

Takpe, janji kerja Merak dh siapkan. Betul tak?

Merak tertanya-tanya apa eh nak wat lpas keje ni. Rasa mcm nak ajak Dia pi jenjalan. Tak jauh dari rumah. Maybe pi lepak kt tasik Putrajaya ok gak kot.

Hurmm.... korang ade idea tak?

Untuk Dirinya

Jika aku diberikan masa
Akan kuputarkan semula detik itu
Agar aku dapat perbaiki semuanya
Yang meretakkan hubungan kita

Aku akui kesalahanku
Walaupun kemaafan sudah kau berikan
Namun ku tahu
Masih tercalit luka yg amat dalam

Kini ku ingin kau tahu
Kasih dan sayangku makin mendalam untukmu
Walaupun aku yakin kau tak mempercayai
Aku akan terus memperjuangkan kasih dan sayangku

Ku tahu langkah ku kini
Makin payah, Makin perih
Namun aku takkan sesekali mengalah
Kerna sayang, Kerna kasih
Aku akan teruskan walaupun aku terpaksa mengesot

Sekian kalinya
Ku mohon agar kau membuka hatimu kembali
Berikan aku peluang untuk menambat hatimu
Bukalah walau senipis kulit
Akan ku gunakan sebaiknya

Ikhlas dariku...
Merak

LRT dan Baju

Setiap pagi kalu nk pi opis, Merak naik train dari station Bukit Jalil. Arini agak terlewat skit. Merak terlepas train jam 7.45am. Sbb jam teruk kt depan IOI td. Maklum la ujan kan. So masing2 pandu slow bangat. Geram!!

Disebabkn terlepas train, Merak pn naik the next train jam 8.10am mcm tue (Merak ni tak biasa nk tgk jam..so just agak2 jela), pastu ade sorg mamat ni pakai baju serupa dgn Merak. Tapi dia pakai vest itam. Nasib baik Merak tak pakai vest. Mmg ade hajat nk pakai pg tadi. Kalu la pakai... Alahai... sure org akan bandingkan Merak dgn dia. Tp..... yg penting Merak lgi GORGEOUS dr dia ok?! Hehehe... (matila kna carut sbb angkat bakul sendiri).

Train pg ni mmg sesak giler. Dah mcm tin sardine kot Merak tgk. Rimas pn ade. Selalu tak mcm nie. Ni mesti kes semua bangun lambat pastu jam sekali. Mmg a very nice combination kan.

Yg penting Merak suka pagi nie. Tgk Dia senyum masa anta Merak kuar dari umah. Best!! =)

Aku Hanya Insan Biasa

Baru-baru ni Merak ade buat kesilapan yg memberikan kesan mendalam dalam diri Merak dan Dia. Merak akui mmg Merak telah melakukan kesilapan itu dan Merak menagih kemaafan dari Dia. Agak payah untuk Merak menambat hatinya semula. Walaupun Dia memaafkan Merak namun jauh di hati Merak, Merak dapat rasakan keadaan sekarang ini tidak seperti yg lalu.

Merak menyumpah diri Merak sendiri. Mensia-siakan satu kebahagiaan yg Merak peroleh. Kebodohan Merak mengundang bencana. Byk kali Dia mengingatkan Merak, "Jangan sesekali melakukan perkara BODOH", "Jgn sesekali tipu I, one day I pasti akan tahu". Itula pesanan Dia utk Merak.

Dari kisah yg telah tercalit dalam hubungan kami, Merak akan berusaha utk perbaiki semuanya dan menyayanginya dgn sepenuh hati Merak. Mungkin perjalanan kali ini lebih sukar tapi Merak tidak akan berundur. Merak akan muhasabah diri Merak dan cari kelemahan-kelemahan Merak dan perbaiki utk masa depan Merak dan Dia.

Merak hanya harapkan kasih dan syg dr Dia akan kembali seperti dulu. Walau sesukar mana pun, Merak akan maju ke hadapan. Dan Merak berjanji pada diri Merak utk menjadi pasangan yg lebih baik selepas ini. InsyaAllah.

Doakan Merak ye kengkawan.

Monday, March 7, 2011

Kuku HITAM!!!

Hari ni Merak mcm biasa naik tren ke opis.

Dah lali tgk gelagat manusia dlm tren. Mcm2 ada. So dari peningkan kepala, better Merak buat hal sendiri. Betul x uoll?

Tp dalam malas2 nak amik tahu hal org, sekali tu Merak ternampak manusia ni sedang pegang tiang besi kt tengah2 tren. Yg memeranjatkan Merak, kuku dia, ya Allah!!, hitam dan kotor sangat!

Pengsan Merak tgk kuku dia. Dah la panjang pastu kotor plak tue. Huhuhu.

Pesan utk korang semua, kalu ye pun nak bela kuku korang panjang, tp jagalah kebersihan (walaupun kuku panjang itu sendiri melambang seorg itu kotor!!). Jgn la nampak hitam kuku tue. Dah la buruk bertambah hodoh plak Merak tengok tau.

Euwwwwwwwwwwwwwwwwwww....

Tujukan untuk DIA

Kali ni Merak saje poyo nak jiwang2 skit. Merak nak tujukan lirik lagu ni kt DIA yg Merak paling syg. Terima kasih di atas kasih sayang yg tak ternilai harganya utk Merak. Mmmmmmuah!! (tergedik la plak...hehehehe)

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
Tak terlintas dendam di balik mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah ku mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini

Friday, March 4, 2011

Nanges dgn angka RM600++

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Rs mcm nak je jerit kuat-kuat skang ni.

Td Merak baru je isi borang BE. Korang tau kn borang ape tu. Kalu x tau, itulah borang yg kna isi setiap tahun. Sbb korang kna jalankan tanggungjawab kepada negara tercinta katanya..

Lepas je Merak isi borang tue, hati Merak rs nk pecah. Yelah. Selama ni Merak x pnah kna bayar tp kali ni kena byr RM600++. Mane nk cekau duit nk byr uoll!! Nanges.

Lepas ni Merak kna buat bisnes kecil-kecilan kot. Jual kuih-muih or buah-buahan tepi jalan (harap2 ada la yg nak beli...laku x korang rasa?)

Nak harapkan company Merak utk revise gaji Merak, jgn harap lah! Janji tinggal janji. ~Nanges~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...