Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Monday, March 28, 2011

Car Accident

Sori korang. Merak tak sempat nak update korang pasal cerita keta Merak.

Actually last Monday (dh seminggu pun kes ni berlaku, baru nk update korang. Sian), masa tu Merak on the way nak balik ke Puchong. Kes ni berlaku selepas traffic light TPM tu.

Sesapa yg selalu ikut jalan situ tau kan betapa la jamnya traffic situ masa org nak balik keje kan. Masa tu Merak nak menuruni cerun bukit tu. Mcm selalu, Merak tak tekan minyak kalu turun bukit. Save skit minyak katanya.

Pastu, bila dh nak sampai kt traffic light kt Taman Rekreasi Bukit Jalil tu, traffic depan dh slow so Merak nk tekan brek tapi terlepas. Ape lagi.....DUSHHHH!! Merak melanggar bonet belakang keta depan Merak.

Pemilik keta tue seorg yg berumur. Keje sekuriti area Bukit Jalil gak. Memula tu nampak mcm marah giler pakcik tu tp nasib baik Merak dpt kawal keadaan. Tak jadi pakcik tu nak marah. So Merak pn setel la benda ni cara baik. Merak suruh pakcik tu claim atas insurans Merak. Tapi kan, bila Merak tgk keta dia, takde la teruk sgt. Lekuk skit je kt belakang tapi bonet depan Merak, astaghfirullah, mcm kna langgar Garuda!! Terperosok ke dalam. Alahai. Sedih Merak tgk. Yela. Merak tak penah accident tau! Tapi nak wat cane. Benda nak jadi kan. Merak reda.

Malamnya Merak pergi buat polis report kat Puchong Jaya. Rsnya dua jam Merak tunggu. Dari jam 9 lebih sampai la ke jam 12 baru siap. Lepas tu, Merak kan setelkan kes ni kat balai polis Sri Petaling ataupun Sg Besi. Since Merak tak tau sgt mana terletaknya balai polis Sri Petaling, Merak minta tunjuk jalan dari polis kt Puchong Jaya tue.

Dgn yakin polis wanita itew menunjukkan jalan. Kalu korg nak tau dia tunjukkan jalan ke balai polis Petaling bukan SRI PETALING!! Merak ade cuba confirmkn samada balai polis sri petaling dkat dgn Endah Parade tp dgn yakin polis wanita itew menidakkan Merak. So Merak just follow jela arahan polis kan.

Last-last Merak sampai balai polis Sri Petaling dalam jam 1 lebih. Pagi subuh giler korang. Mata Merak dh ngantuk ni. Sian Merak tgk Dia. Dia temankan Merak dari awal lg. Penat dan mengantuk dia. Nway, thank sayang sbb temankan Merak!!

Setelah selesai, Merak kna amik salinan report kat balai polis trafik Jalan Bandaran keesokan harinya. Selepas tu Merak hantar keta Merak ke Kepong untuk dibaiki. Sekian.

Itula citernya. Dah kot. Merak malas nak taip lagi. Korang jgn risau. Merak ok je. Cuma Merak ade trauma skit lpas accident tu. dalam beberapa hari Merak begitu takut nak memandu. Huhu. But skang dah ok. Merak dh kembali mengembangkan ekornya!! Yeay!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...