Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Tuesday, March 8, 2011

Aku Hanya Insan Biasa

Baru-baru ni Merak ade buat kesilapan yg memberikan kesan mendalam dalam diri Merak dan Dia. Merak akui mmg Merak telah melakukan kesilapan itu dan Merak menagih kemaafan dari Dia. Agak payah untuk Merak menambat hatinya semula. Walaupun Dia memaafkan Merak namun jauh di hati Merak, Merak dapat rasakan keadaan sekarang ini tidak seperti yg lalu.

Merak menyumpah diri Merak sendiri. Mensia-siakan satu kebahagiaan yg Merak peroleh. Kebodohan Merak mengundang bencana. Byk kali Dia mengingatkan Merak, "Jangan sesekali melakukan perkara BODOH", "Jgn sesekali tipu I, one day I pasti akan tahu". Itula pesanan Dia utk Merak.

Dari kisah yg telah tercalit dalam hubungan kami, Merak akan berusaha utk perbaiki semuanya dan menyayanginya dgn sepenuh hati Merak. Mungkin perjalanan kali ini lebih sukar tapi Merak tidak akan berundur. Merak akan muhasabah diri Merak dan cari kelemahan-kelemahan Merak dan perbaiki utk masa depan Merak dan Dia.

Merak hanya harapkan kasih dan syg dr Dia akan kembali seperti dulu. Walau sesukar mana pun, Merak akan maju ke hadapan. Dan Merak berjanji pada diri Merak utk menjadi pasangan yg lebih baik selepas ini. InsyaAllah.

Doakan Merak ye kengkawan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...