Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Sudip...Sudip...Merak

Hehehehe.. Merak curik tagline "Senduk...senduk...Fifi" dari Hot.fm. Macam best la plak main curik2 tagline ni. Hehehehehe.

Semalam lepas Merak dari keje, Merak saja belek2 buku resipi sambil tengok tv. Dalam belek2 tu, Merak terpandang satu masakan yg Merak lama tak masak. AYAM MASAK KICAP!!! So ape lg, Merak pun bersiap2 nak ke kedai beli bahan masakan (nasib baik masih awal kalu dah jam 10 haram la Merak nak kuar beli bahan).

Tetiba Merak terfikir, takkan la makan lauk je kan. Mesti kan company dgn sayur mayur. So fikir punya fikir, akhirnya Dia bagi idea masak KOBIS MASAK LEMAK. Terliur Merak bila dengar. Sedap ni. Masakan kampung sangat.

Dah lama kot Merak tak kunjung dapur umah Merak. But alhamdulillah masakan Merak menjadi dan Dia makan sampai kekenyangan. Merak plak lambat giler nak abis bahagian Merak. Merak pelik nape lame sangat nak abis nasi. Rupanya Merak banyak ratah lauk dan sayur je. Nasi, Merak sentuh skit2 je. Hehehe. Tapi Merak mmg kenyang. Sedap!!!

Yg tak bestnya, plan Merak nak masak UDANG MENTEGA GORENG tak kesampaian sebab Merak lupa beli telur. Huhuhu. Takpe, lain kali Merak masak lagi. =)

Wednesday, April 13, 2011

Nasi Goreng Telor

Sedap tak tajuk Merak arini? Hehehe.

Fyi, seawal jam 4 pagi Dia bangun siapkan sarapan untuk Merak. Menanak nasi dan goreng nasi tu. So sweet.

Merak hargai sesangat. Rasa kenyang yg teramat sangat sbb makan masakan hasil air tangan org tersayang.

(^_^)

Thursday, March 24, 2011

Roti Telur

First of all....

DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAPPPPPP!!!

Itulah expression Merak bile lidah Merak merasai keenakan roti telur yg disediakan oleh Dia. Sedap!! Bercecahkan sos yg Merak beli dr Surabaya. Kombinasinya amat memukau!! Pergh. Masih terasa kelazatannya sampai sekarang. Hehehehe.

So itulah brekpes Merak pagi ni sambil minum Power Root Ali Cafe White Coffee sebagai kick utk segarkan diri pg ni.

Korang brekpes ape eh? Ceciter...ceciter... hiks

Friday, March 18, 2011

Tok!! Tok!! Ade Rendang Ayam tak??

Memula Merak nak cakap.. YUMMM!!!! Dap!!! Hehehe

Pg ni brekpes Merak lain skit. Dia bekalkan Merak dgn Rendang Ayam Tok yg dimasak oleh Mak. Sedap!! Merak suka makan. Semalam petang je dua kali Merak tambah nasi (abislah diet Merak!!!). Mcm tu sekali kesedapannya rendang tu.

Utk Dia,

Mekacih eh susah-susah bawa dari Seremban utk Merak. Merak hargai sangat.

Utk Mak,

Sedapnya Mak masak. Nak resipi leh? Kite wat barter trade nak? Merak kasi resipi rendang Merak. Mau? hehehe

(^_^)

Thursday, March 17, 2011

Brekpes Merak

Minggu ni Merak begitu konsisten menjaga pemakanan Merak. Kudos untuk Merak!!! (sila sembah ratu kt Merak ye...hiks)

Korang nak tau ape Merak makan setiap kali brekpes? Merak hanya minum Cadbury's Hot Choco Drink and couple of biscuits. Itu sajork. Skang ni Merak tak leh makan banyak-banyak. Banyak baju and seluar Merak yg cantik-cantik (berangan) tak bleh pakai. Sian. << nanges >>




Korang selalu brekpes pe eh pepagi? Sure makanan yg berkhasiat kan. Jgn jadi mcm Merak. Dh terngadah barulah nak DIET. huhuhu.

~ Jom MAKAN!! ~

Monday, March 14, 2011

Majlis Kahwin dan Jimrami

Kali ni Merak nak update ape yg Merak buat masa weekend lepas. Alhamdulillah, masa weekend Merak dipenuhi dgn aktiviti yg best!! Merak suka!!

Setiap Sabtu Merak ada kelas on Islamic Laws. Hehehe. Best tak bunyi dia? Merak baru je start. Dh masuk kelas kedua nie. But Merak taknak citer pasal kelas. Merak nak citer pasal benda yg best nih. Hehehe

Kwn baik Merak melangsungkan perkahwinan dia Sabtu lepas di Ipoh kat Seri Malaysia Hotel. Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar dan ramai yg datang. Merak suka makanan yg dihidangkan. Semua sedap belaka. Merak rasa mcm nak bungkus je bawa balik. Ekekeke.

To my BFF Fendy,

Merak nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga korang memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dikurniakan zuriat2 yg soleh dan solehah. Dilimpahkan rezeki-rezeki yg halal. Amin....

Lepas je ke Ipoh, Merak bertolak ke Sitiawan plak. Singgah ke umah mak kwn baik Merak, Noor. Memula tak berhajat nak tido sane tapi sebabkan letih sgt, bermalam lah di umah mak Noor.

Yg bestnya, bertandang umah org, Merak, Dia and Noor, ajak mak Noor sekali main Jimrami!!! Mmg best!! Korng mesti tak tau permainan ni kan. Takpe. Korang pi google kt tenet eh. Mmg addicted tau main benda ni. Kitaorg main dari pagi sampai la jam 3.00 ptg. Best!!

Lg satu yg best, mak Noor masak masakan yg sedap-sedap belaka contohnya pakis tumis, ayam lemak cili padi, sambal daging lembu dan sambal belacan. Pergh!!! Sedap hingga menjilat jari!! Merak terpaksa unbutton seluar Merak sbb dh kembung sangat. Hahahahaha.

So ni la diary Merak last weekend. Korang plak mcm mane? Merak pasti semuanya best-best belaka kan?

Thursday, March 10, 2011

Jenjalan Waktu Lunch

Lunch kali ni special skit bg Merak. Dia dtg ke opis Merak and plan to have lunch sesama. So Merak ape lg, melompat girang lah.

Ikutkan plan, nak makan kat Medan MARA but ramai bangat manusia kat situ so kna tukar tempat. Merak cadangkan kat kompleks bersebelahan dgn Medan MARA tue. Nasib baik tak ramai org lagi. Syukur. =)

Lepas makan Merak pi jenjalan dgn Dia di sekitar kompleks. Kedai-kedai yg Merak tuju, sudah pasti, kedai telefon. Saje nk tengok keluaran terbaru di pasaran skang ni. Dgr citer Samsung ade kuarkan phone baru. Nama dia Samsung Galaxy S II.

Merak ada masuk satu kedai ni. Owner dia mmg peramah (biasalah nak jual barang kan..cuba kalu soh dia perbaiki phone yg kita dh beli...HARAM nak layan kan..mcm-mcm la alasan kan...). So Merak pun tanye ada tak Samsung Galaxy S. Sekali dia bg model lama. Dia siap propa dgn Merak kata ni model Samsung yg terbaru.

Gempar jap Merak kat kedai tue. Dia igt Merak tak baca surat khabar ker? Aiyoooo!! Perlu nk propa kan. Nak jualkan barang. Ish...ish...ish...

Lepas je Merak belek-belek phone tue, Merak berlalu pergi. Mmg best model tue tp takpe. Nanti jatuh gak harga dia. Skang ni RM1800 tau. InsyaAllah kalu ade rezeki Merak beli lain kali.

Nota kaki: Merak ni mmg fanatik dgn phone gadget and komputer. =)

Sup Sayur Ayam

Yum...yum...yum!!

Dengar je Sup Sayur Ayam yg Merak buat meleleh-leleh air liur Merak skang ni. (angkat bakul please...hiks)

Actually, Merak suka masak sup sayur ayam ni. Si Dia and my fwen suka masakan sup Merak cuma my fwen suka Merak potong saderi besar-besar. Baru leh kunyah katanya (Ok, noted Noor. Next time I potong besar-besar eh. Awas kalu ko komen lagi!! Hiks)

Nak tau mcm mane Merak masak sup sayur ayam? Very simple Merak masak. Campak-campak jer. Hehehe.

Ni bahan-bahan yg Merak selalu gunakan:

  1. fillet ayam
  2. saderi
  3. kentang
  4. lobak merah
  5. bawang merah besar
  6. bawang putih
  7. sup bunjut
  8. pati ayam
  9. tomato
Cara-cara memasak plak:

  1. Tumiskan bawang merah dulu, kemudian masukkan bawang putih. Bila dh layu and kuarkan bau, masukkan kentang yg dipotong dadu. Garingkan sedikit kentang dgn bawang.
  2. Kemudian, masukkan ayam dan lobak merah yg dipotong kecil dan biarkan 5 minit. Kemudian, masukkan air dan sup bunjut dan biarkan mereneh seketika.
  3. Masukkan pati ayam, garam, lada hitam, tomato dan saderi.
  4. Biarkan mereneh dlm 5-10 minit.
  5. Siap.
Itulah sup masakan Merak. Harap mencuba ya. =)

Saturday, February 19, 2011

Spaghetti Bolognese

Kwn2 aku mmg tau yg aku ni suka masak.

Masakan yg aku biasa masak, kebanyakan masakan kampung. But lately, aku suka cuba masakan western. Surprisingly, masakan western senang nk buat n cpat. Hehehe.

So posting kali ni, aku nk share masakan aku. Spaghetti Bolognese.

Bahan-bahan:

1. Ayam kisar (aku selalu gna Ramly)
2. Cendawan tiram
3. Prego (perisa cendawan segar)
4. Tomato
5. Bwg merah besar
6. Bwg putih
7. Serbuk lada hitam
8. Garam
9. Sos cili
10. Serbuk pati ayam

Cara masak:
1. Tumis bwg merah besar dulu. Kemudian bila dh layu, masukkan bwg putih (nak elakkan bwg putih hangus)
2. Masukkan ayam kisar. Tumis sehingga ayam goreng garing sedikit.
3. Masukkan cendawan. Tumis sebentar dan masukkan prego.
4. Masukkan tomato, sos cili dan serbuk pati ayam.
5. Jika pekat sgt, masukkan sedikit air.
6. Biarkan shimmer sebentar and siap!

Nak masak spaghetti senang je. Jerangkn air, biar menggelegak. Kemudian masukkan sedikit garam dan minyak. Masukkan spaghetti. Biarkan dalam 10-15 mins. Spaghetti dh siap!

Ok...dh boleh makan...yum!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...