Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.
Showing posts with label Happy. Show all posts
Showing posts with label Happy. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Sudip...Sudip...Merak

Hehehehe.. Merak curik tagline "Senduk...senduk...Fifi" dari Hot.fm. Macam best la plak main curik2 tagline ni. Hehehehehe.

Semalam lepas Merak dari keje, Merak saja belek2 buku resipi sambil tengok tv. Dalam belek2 tu, Merak terpandang satu masakan yg Merak lama tak masak. AYAM MASAK KICAP!!! So ape lg, Merak pun bersiap2 nak ke kedai beli bahan masakan (nasib baik masih awal kalu dah jam 10 haram la Merak nak kuar beli bahan).

Tetiba Merak terfikir, takkan la makan lauk je kan. Mesti kan company dgn sayur mayur. So fikir punya fikir, akhirnya Dia bagi idea masak KOBIS MASAK LEMAK. Terliur Merak bila dengar. Sedap ni. Masakan kampung sangat.

Dah lama kot Merak tak kunjung dapur umah Merak. But alhamdulillah masakan Merak menjadi dan Dia makan sampai kekenyangan. Merak plak lambat giler nak abis bahagian Merak. Merak pelik nape lame sangat nak abis nasi. Rupanya Merak banyak ratah lauk dan sayur je. Nasi, Merak sentuh skit2 je. Hehehe. Tapi Merak mmg kenyang. Sedap!!!

Yg tak bestnya, plan Merak nak masak UDANG MENTEGA GORENG tak kesampaian sebab Merak lupa beli telur. Huhuhu. Takpe, lain kali Merak masak lagi. =)

Thursday, May 5, 2011

Si Dewa Petir

Malam tadi Merak dan Dia pi The Summit nak nonton movie THOR. Merak dh beli tiket awal, hari Selasa. Ye ar, hari Rabu tiket murah so kalu belasah je pi wayang tanpa booking or online purchase, putih mata la gamaknya. Thanks to technology!! You save my day!! =)


Apa yg Merak nak cakap pasal movie nie hanya satu perkataan. SUPERB!!!! Tapi perkataan ni pn tak dapat gambarkan betapa puas hatinya Merak dan Dia tgk movie nie. Mmg best giler!! Visual dia mmg mantap!! Jalan citer pun best!! In total, Merak berpuas hati giler!! Kalu nak bg rating Merak kasi 10+10 stars untuk filem nie.

Korang nak Merak citer ke pasal movie ni? Kang spoil plak mood korang nk menonton. Hehehe.

Okla Merak buat summary je. Skit je ye.

Movie ni pasal permulaan watak THOR dan asal usulnya. Kemudian disusuli masalah attitude THOR sehingga membawa malapetaka dan memakan diri sendiri. Plus pengkhianatan seorang adik yg cemburu melihat kejayaan abangnya sehinggakan sanggup mengancam bahaya semua pihak dan bersekongkol dengan musuh. Ada la selit kisah cinta antara THOR dan JANE.

So korang kena tonton filem ni ok. Merak nak beli DVD dia plak lpas ni. Tak puas tgk sekali. Nak tengok lagi!!



 

Wednesday, April 13, 2011

Nasi Goreng Telor

Sedap tak tajuk Merak arini? Hehehe.

Fyi, seawal jam 4 pagi Dia bangun siapkan sarapan untuk Merak. Menanak nasi dan goreng nasi tu. So sweet.

Merak hargai sesangat. Rasa kenyang yg teramat sangat sbb makan masakan hasil air tangan org tersayang.

(^_^)

Tuesday, April 12, 2011

Merak kembali

Dah lame Merak tak update blog ni. Kan Merak ade bgtau Merak pi Eropah selama 8 hari.

Nanti Merak update korang ok. Ni just nk bgtau Merak dh kembali. Banyak benda nk tulis ni. Hehehe.

(^_^)

Wednesday, March 30, 2011

Ayam Jantan & Kambing

Merak nak tulis pasal satu cerita pendek ni. Antara Ayam Jantan dan Kambing. Nasib baik bukan dgn Merak. (^_~)

Ni kisah pendek dia

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya.

Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?
Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.
Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.
Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?
Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....
Kambing : Apsal pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

Hehehehehe....lawak kan.....just nak ceriakan hari korang jer....hiks

Tuesday, March 29, 2011

Pemberian dari Tanah Suci

Merak bersyukur. Pepagi lagi Merak dapat rezeki.

Kakak yg duk sama pulau dgn Merak baru je balik dari Umrah. Ni Umrah ke-dua untuk dia. Alhamdulillah dia nampak sihat kembali ke ofis. Hopefully Umrah dia akan membawa keberkatan dan kerahmatan. Amin.

Merak terharu sgt sbb kakak tu bg Merak air zam-zam. Lama dah Merak tak minum air zam-zam. Tak ingat bila yg terakhir. Dapat gak merasa lagi air zam-zam ni. Syukur.

Terima kasih Kak Shida!! (^_^)

Thursday, March 24, 2011

CINTA

Merak tetiba rasa gedik plak nak menulis sajak untuk Dia. Rindu sgt kot kat Dia. Huhuhu.

Sebutir demi butir pasir kita kutip
Dari persisiran pantai cinta
Membina mahligai kasih yg didambakan
Tempat persinggahan sayang kita

Detik demi detik masa berlalu
Bersama memori indah bersama
Mencoret kisah bersejarah hubungan kita
Menjadi pedoman menyusuri hari muka

Setapak demi setapak menyusuri jalan ini
Walau beronak walau berduri
Biar terluka namun diteruskan jua
Demi kasih sayang yg tulus di hati kita

Genggaman tangan ini begitu utuh
Melindungi benteng cinta ini
Agar ia sentiasa mekar mewangi
Sehingga ke akhir nafas ku ini

(^_^)

Roti Telur

First of all....

DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAPPPPPP!!!

Itulah expression Merak bile lidah Merak merasai keenakan roti telur yg disediakan oleh Dia. Sedap!! Bercecahkan sos yg Merak beli dr Surabaya. Kombinasinya amat memukau!! Pergh. Masih terasa kelazatannya sampai sekarang. Hehehehe.

So itulah brekpes Merak pagi ni sambil minum Power Root Ali Cafe White Coffee sebagai kick utk segarkan diri pg ni.

Korang brekpes ape eh? Ceciter...ceciter... hiks

Monday, March 21, 2011

Toy Merak yg Baru

Semalam Merak kuar sakan dgn Dia. Walaupun memula Dia moody sbb Merak janji nk kuar jam 130 tapi leka tgk kartun di ANIMAX terus nmpk jam dh jul 300. Monyok skit Dia. Alololo. Jgn la majuk. Tak sedar la. Huhu..

Tempat pertama yg kami tuju ialah SUMMIT! Dia kata kat sane murah utk gadjet. Sampai je SUMMIT, Merak dan Dia terus melilau cari kedai gadget. Setelah beberapa kedai kami kunjungi, akhirnya Merak dpt cari yg paling murah. Merak suka!!

Korang mesti tertanya-tanya kan apa mainan Merak yg baru. Kalu korg nak tau. Nila dia. Jeng...jeng...jeng... sila melopong ya. Best gadjet ni!!!

Introducing PSP 3006!!!


Friday, March 18, 2011

Tok!! Tok!! Ade Rendang Ayam tak??

Memula Merak nak cakap.. YUMMM!!!! Dap!!! Hehehe

Pg ni brekpes Merak lain skit. Dia bekalkan Merak dgn Rendang Ayam Tok yg dimasak oleh Mak. Sedap!! Merak suka makan. Semalam petang je dua kali Merak tambah nasi (abislah diet Merak!!!). Mcm tu sekali kesedapannya rendang tu.

Utk Dia,

Mekacih eh susah-susah bawa dari Seremban utk Merak. Merak hargai sangat.

Utk Mak,

Sedapnya Mak masak. Nak resipi leh? Kite wat barter trade nak? Merak kasi resipi rendang Merak. Mau? hehehe

(^_^)

Thursday, March 17, 2011

Angka 3

Korang, Merak nk bagitau berita gembira ni.

Fyi, hari ni genaplah 3 Bulan, 3 Minggu and 3 Hari Merak bercouple dgn Dia.

Merak nak kongsi kegembiraan Merak dgn korang semua.

Walaupun banyak perkara yg berlaku dalam masa ni, tp hubungan kami makin utuh. Banyak benda Merak belajar dari hubungan Merak dgn Dia.

Merak akan berusaha memastikan kisah Merak dan Dia akan sampai ke nafas terakhir. InsyaAllah.

(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...