Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.
Showing posts with label Cintan. Show all posts
Showing posts with label Cintan. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Merak Sedih

Malam tadi Merak tak dapat tido dengan nyenyak. Banyak benda yg Merak fikirkan dalam kepala skang ni. Merak tak sedar jam bape Merak terlelap. Tau2 je dah pagi. Ujan lebat plak tue. Bestnya kalu sambung tido dari pergi kerja. Hehehehe.

Actually pagi ni Merak rasa sedih sbb org yg Merak sayang bagi mesej ni kat Merak;

"Luv u so much n im so sorry makes u worried abt myself. I just wish I didnt wake up to face another day."

Merak risaukan Dia sbb Merak sygkan Dia sesgt. Huhuhu.

Dia,
Kita tempuh semua ni bersama-sama k. I'm sure ada jalan penyelesaian nanti. Yg penting kita berusaha ye.
Luv u too.... Mmmmmuah!!

Wednesday, April 13, 2011

Nasi Goreng Telor

Sedap tak tajuk Merak arini? Hehehe.

Fyi, seawal jam 4 pagi Dia bangun siapkan sarapan untuk Merak. Menanak nasi dan goreng nasi tu. So sweet.

Merak hargai sesangat. Rasa kenyang yg teramat sangat sbb makan masakan hasil air tangan org tersayang.

(^_^)

Monday, March 28, 2011

Car Accident

Sori korang. Merak tak sempat nak update korang pasal cerita keta Merak.

Actually last Monday (dh seminggu pun kes ni berlaku, baru nk update korang. Sian), masa tu Merak on the way nak balik ke Puchong. Kes ni berlaku selepas traffic light TPM tu.

Sesapa yg selalu ikut jalan situ tau kan betapa la jamnya traffic situ masa org nak balik keje kan. Masa tu Merak nak menuruni cerun bukit tu. Mcm selalu, Merak tak tekan minyak kalu turun bukit. Save skit minyak katanya.

Pastu, bila dh nak sampai kt traffic light kt Taman Rekreasi Bukit Jalil tu, traffic depan dh slow so Merak nk tekan brek tapi terlepas. Ape lagi.....DUSHHHH!! Merak melanggar bonet belakang keta depan Merak.

Pemilik keta tue seorg yg berumur. Keje sekuriti area Bukit Jalil gak. Memula tu nampak mcm marah giler pakcik tu tp nasib baik Merak dpt kawal keadaan. Tak jadi pakcik tu nak marah. So Merak pn setel la benda ni cara baik. Merak suruh pakcik tu claim atas insurans Merak. Tapi kan, bila Merak tgk keta dia, takde la teruk sgt. Lekuk skit je kt belakang tapi bonet depan Merak, astaghfirullah, mcm kna langgar Garuda!! Terperosok ke dalam. Alahai. Sedih Merak tgk. Yela. Merak tak penah accident tau! Tapi nak wat cane. Benda nak jadi kan. Merak reda.

Malamnya Merak pergi buat polis report kat Puchong Jaya. Rsnya dua jam Merak tunggu. Dari jam 9 lebih sampai la ke jam 12 baru siap. Lepas tu, Merak kan setelkan kes ni kat balai polis Sri Petaling ataupun Sg Besi. Since Merak tak tau sgt mana terletaknya balai polis Sri Petaling, Merak minta tunjuk jalan dari polis kt Puchong Jaya tue.

Dgn yakin polis wanita itew menunjukkan jalan. Kalu korg nak tau dia tunjukkan jalan ke balai polis Petaling bukan SRI PETALING!! Merak ade cuba confirmkn samada balai polis sri petaling dkat dgn Endah Parade tp dgn yakin polis wanita itew menidakkan Merak. So Merak just follow jela arahan polis kan.

Last-last Merak sampai balai polis Sri Petaling dalam jam 1 lebih. Pagi subuh giler korang. Mata Merak dh ngantuk ni. Sian Merak tgk Dia. Dia temankan Merak dari awal lg. Penat dan mengantuk dia. Nway, thank sayang sbb temankan Merak!!

Setelah selesai, Merak kna amik salinan report kat balai polis trafik Jalan Bandaran keesokan harinya. Selepas tu Merak hantar keta Merak ke Kepong untuk dibaiki. Sekian.

Itula citernya. Dah kot. Merak malas nak taip lagi. Korang jgn risau. Merak ok je. Cuma Merak ade trauma skit lpas accident tu. dalam beberapa hari Merak begitu takut nak memandu. Huhu. But skang dah ok. Merak dh kembali mengembangkan ekornya!! Yeay!!

Thursday, March 24, 2011

CINTA

Merak tetiba rasa gedik plak nak menulis sajak untuk Dia. Rindu sgt kot kat Dia. Huhuhu.

Sebutir demi butir pasir kita kutip
Dari persisiran pantai cinta
Membina mahligai kasih yg didambakan
Tempat persinggahan sayang kita

Detik demi detik masa berlalu
Bersama memori indah bersama
Mencoret kisah bersejarah hubungan kita
Menjadi pedoman menyusuri hari muka

Setapak demi setapak menyusuri jalan ini
Walau beronak walau berduri
Biar terluka namun diteruskan jua
Demi kasih sayang yg tulus di hati kita

Genggaman tangan ini begitu utuh
Melindungi benteng cinta ini
Agar ia sentiasa mekar mewangi
Sehingga ke akhir nafas ku ini

(^_^)

Roti Telur

First of all....

DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAPPPPPP!!!

Itulah expression Merak bile lidah Merak merasai keenakan roti telur yg disediakan oleh Dia. Sedap!! Bercecahkan sos yg Merak beli dr Surabaya. Kombinasinya amat memukau!! Pergh. Masih terasa kelazatannya sampai sekarang. Hehehehe.

So itulah brekpes Merak pagi ni sambil minum Power Root Ali Cafe White Coffee sebagai kick utk segarkan diri pg ni.

Korang brekpes ape eh? Ceciter...ceciter... hiks

Monday, March 21, 2011

Merak & Takuk Lama

Pagi ni Merak baca coretan Dia. Huhu. Merak tersentak. Masih tiada perubahan rupanya Merak ni. Merak masih di takuk lama. Apa yg Merak harus lakukan. Segala yg Merak lakukan nampaknya tidak membuahkan hasil malah membuatkan situasi makin teruk.

Jumaat lepas, masa lunch, Merak telah ke MidVal bersama teman rapat Merak, Aidil. Plan kami hanya mau makan tengah hari di sana. Tiada niat lain. Permulaan yg melambatkan kerna train sampai lewat. Merak dh lali dgn komuter. Ramai yg komplen pasal kelewatan train setiap hari. So malas nk geram-geram dgn train.

Sesampai di MidVal, kami ke Belanga memesan Laksa Asam. Merak tak bleh makan yg heavy-heavy sgt skang ni. Berat badan Merak makin bertambah. Pelik Merak. Lagi dijaga lagi bertambah. Huhu.

Sepanjang Merak di Belanga, coverage mmg suck. Tak dpt terima mesej apatah lagi membalas. Ada beberapa mesej dr Dia Merak tak dapat balas. Merak pasti Dia tertanya-tanya. Risau Merak.

Lepas makan, Merak balik menaiki train jg. Namun Merak masih gagal menghantar mesej kpd Dia. Apalah nasib Merak. Im sure Dia akan marah. Huhuhu. Dan seperti yg dijangka, selepas Merak sampai di opis, Merak terima mesej darinya. Lebih dari 10 mesej termasuk miss call notification. (Alamak!!) Merak bertambah risau. Tapi Merak tak dapat menghubunginya terus. Masuk saja ke opis, manager Merak panggil. Ada dokumen penting yg harus disiapkan hari tu juga. Haisssh.

Bila Merak dh free, Merak cuba jelaskan pdnya namun hampa. Merak paham situasinya. Kerana kisah lalu yg begitu melukakan hatinya, Dia masih prasangka dgn Merak dan Merak tidak menyalahkannya. Kerna Merak sendiri yg mencari bala.

Plan kami nak menonton movie Merong Mahawangsa hampir-hampir terbantut. Dia begitu terkilan dgn Merak. Marah Merak rasa. Setelah kisah tengah hari, ditambah pula dgn Merak terpaksa stay di office sampai jam 7 kerana Merak kena tunggu pihak atasan kembalikan dokumen untuk tindakan selanjutnya. Merak bertambah terseksa. Merak tau Dia makin prasangka. Huhu.

Dia,
Setelah apa yg berlaku lalu, I berjanji pd diri sendiri tidak akan sesekali melukakan hatimu. I telah berjanji! I tau kepercayaanmu makin merosot. Jd, I akan terus berusaha. Walau payah mcm mana pun. Mendapatkan kembali kepercayaanmu. Janjiku bukan kosong semata. Akan I buktikan pd U.


I tau, pada U, kata-kata kemaafan dr I tidak bermakna apa-apa. Tidak membawa erti apa-apa. Hanya sekadar ungkapan utk melepaskan diri. Tapi percayalah, bukan itu niat I. Bukan utk melepaskan diri. Air mata yg tertitis kerna perasaan serba salah yg teramat serta rasa diri yg tidak diendahkan bagai org asing ketika di samping.


I akan berusaha SAYANG. Utk CINTA kita. I akan berusaha bersungguh-sungguh. Percayalah.

Thursday, March 17, 2011

Angka 3

Korang, Merak nk bagitau berita gembira ni.

Fyi, hari ni genaplah 3 Bulan, 3 Minggu and 3 Hari Merak bercouple dgn Dia.

Merak nak kongsi kegembiraan Merak dgn korang semua.

Walaupun banyak perkara yg berlaku dalam masa ni, tp hubungan kami makin utuh. Banyak benda Merak belajar dari hubungan Merak dgn Dia.

Merak akan berusaha memastikan kisah Merak dan Dia akan sampai ke nafas terakhir. InsyaAllah.

(^_^)

Madah Merak

Posting kali ni Merak nk bermadah skit. Nak asah bakat Merak yg dh lame Merak lupakan. Dulu zaman sekolah Merak rajin buat sajak tp skang ni Merak dh hilang "touch" dia. Huhu.


Kau berbaju biru
Warna kegemaranku
Nampak manis di mataku
Lalu jatuh ke hatiku


Tanpa kusedar aku terhanyut
Dalam aliran hubungan yg tidak dijangka
Manis semanis madu
Kau hulurkan kehangatan dgn ikhlasmu


Benar dan iya
Aku menyayangimu sepenuh hatiku
Ku rindu setiap saat kita berjauhan
Rindukan kerenahmu, manjamu dan belaianmu


Ku harap hanya satu
Seperti mana kau harapkan
Agar hubungan ini kekal
Sehingga ke nafas terakhir kita


Akan kutempuh
Akan kubuktikan
Sejujur, seikhlas cintaku padamu
Biar kau tahu, yang aku CINTA PADAMU


=)

Wednesday, March 16, 2011

Rindu

Merak dr pagi tadi kerinduan. Rindu kat Dia sesgt. Apa lah yg Dia sedang buat skang ni eh?

(^_^)

Monday, March 14, 2011

Demam dan World Invasion

Jumaat lepas Merak MC. Tak berapa sihat. Doktor kata Merak kena Vertigo. Kalu nak tau Vertigo tu satu penyakit yg membuatkan kita rasa pening, muntah dan ingin jatuh bila bangun. Kesian Merak tau. Nasib baik ada Dia yg tolong jagakan Merak. Thanks Dia!! =)

Pastu, nak dijadikan citer, Dia pn tak sihat juga haritu. Lepas je anta Merak ke klinik, dia kena selesema, ada la demam skit. Sian Dia. Lepas pi klinik, kami singgah ke opis Noor makan brekpes. Sedap nasi lemak makcik tue. Yummy!! (makan lagi!!)

Kemudian, kami balik rumah. Nak rehat sbb masing-masing tak sihat. Lepas makan ubat, kami pun tido. Alhamdulillah, Merak dah ok skit pd waktu petang tp Dia masih tak ok. Siannya!!

Merak soh Dia makan ubat lg. Kali ni ubat selesema. Ubat yg mengantukkan! So ape lg, Dia sambung tido. Hehehehe. Nasib baik dia dh bertambah ok masa kami nak ke panggung tgk citer World Invasion: Battle Los Angeles (sempat kan!!).... =)

Majlis Kahwin dan Jimrami

Kali ni Merak nak update ape yg Merak buat masa weekend lepas. Alhamdulillah, masa weekend Merak dipenuhi dgn aktiviti yg best!! Merak suka!!

Setiap Sabtu Merak ada kelas on Islamic Laws. Hehehe. Best tak bunyi dia? Merak baru je start. Dh masuk kelas kedua nie. But Merak taknak citer pasal kelas. Merak nak citer pasal benda yg best nih. Hehehe

Kwn baik Merak melangsungkan perkahwinan dia Sabtu lepas di Ipoh kat Seri Malaysia Hotel. Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar dan ramai yg datang. Merak suka makanan yg dihidangkan. Semua sedap belaka. Merak rasa mcm nak bungkus je bawa balik. Ekekeke.

To my BFF Fendy,

Merak nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga korang memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dikurniakan zuriat2 yg soleh dan solehah. Dilimpahkan rezeki-rezeki yg halal. Amin....

Lepas je ke Ipoh, Merak bertolak ke Sitiawan plak. Singgah ke umah mak kwn baik Merak, Noor. Memula tak berhajat nak tido sane tapi sebabkan letih sgt, bermalam lah di umah mak Noor.

Yg bestnya, bertandang umah org, Merak, Dia and Noor, ajak mak Noor sekali main Jimrami!!! Mmg best!! Korng mesti tak tau permainan ni kan. Takpe. Korang pi google kt tenet eh. Mmg addicted tau main benda ni. Kitaorg main dari pagi sampai la jam 3.00 ptg. Best!!

Lg satu yg best, mak Noor masak masakan yg sedap-sedap belaka contohnya pakis tumis, ayam lemak cili padi, sambal daging lembu dan sambal belacan. Pergh!!! Sedap hingga menjilat jari!! Merak terpaksa unbutton seluar Merak sbb dh kembung sangat. Hahahahaha.

So ni la diary Merak last weekend. Korang plak mcm mane? Merak pasti semuanya best-best belaka kan?

Thursday, March 10, 2011

Jenjalan Waktu Lunch

Lunch kali ni special skit bg Merak. Dia dtg ke opis Merak and plan to have lunch sesama. So Merak ape lg, melompat girang lah.

Ikutkan plan, nak makan kat Medan MARA but ramai bangat manusia kat situ so kna tukar tempat. Merak cadangkan kat kompleks bersebelahan dgn Medan MARA tue. Nasib baik tak ramai org lagi. Syukur. =)

Lepas makan Merak pi jenjalan dgn Dia di sekitar kompleks. Kedai-kedai yg Merak tuju, sudah pasti, kedai telefon. Saje nk tengok keluaran terbaru di pasaran skang ni. Dgr citer Samsung ade kuarkan phone baru. Nama dia Samsung Galaxy S II.

Merak ada masuk satu kedai ni. Owner dia mmg peramah (biasalah nak jual barang kan..cuba kalu soh dia perbaiki phone yg kita dh beli...HARAM nak layan kan..mcm-mcm la alasan kan...). So Merak pun tanye ada tak Samsung Galaxy S. Sekali dia bg model lama. Dia siap propa dgn Merak kata ni model Samsung yg terbaru.

Gempar jap Merak kat kedai tue. Dia igt Merak tak baca surat khabar ker? Aiyoooo!! Perlu nk propa kan. Nak jualkan barang. Ish...ish...ish...

Lepas je Merak belek-belek phone tue, Merak berlalu pergi. Mmg best model tue tp takpe. Nanti jatuh gak harga dia. Skang ni RM1800 tau. InsyaAllah kalu ade rezeki Merak beli lain kali.

Nota kaki: Merak ni mmg fanatik dgn phone gadget and komputer. =)

Tuesday, March 8, 2011

Idea

Hurmmm.... Arini Merak mmg busy kt opis tapi sempat gak menggatalkan jari menaip blog. Hehehe.

Takpe, janji kerja Merak dh siapkan. Betul tak?

Merak tertanya-tanya apa eh nak wat lpas keje ni. Rasa mcm nak ajak Dia pi jenjalan. Tak jauh dari rumah. Maybe pi lepak kt tasik Putrajaya ok gak kot.

Hurmm.... korang ade idea tak?

Untuk Dirinya

Jika aku diberikan masa
Akan kuputarkan semula detik itu
Agar aku dapat perbaiki semuanya
Yang meretakkan hubungan kita

Aku akui kesalahanku
Walaupun kemaafan sudah kau berikan
Namun ku tahu
Masih tercalit luka yg amat dalam

Kini ku ingin kau tahu
Kasih dan sayangku makin mendalam untukmu
Walaupun aku yakin kau tak mempercayai
Aku akan terus memperjuangkan kasih dan sayangku

Ku tahu langkah ku kini
Makin payah, Makin perih
Namun aku takkan sesekali mengalah
Kerna sayang, Kerna kasih
Aku akan teruskan walaupun aku terpaksa mengesot

Sekian kalinya
Ku mohon agar kau membuka hatimu kembali
Berikan aku peluang untuk menambat hatimu
Bukalah walau senipis kulit
Akan ku gunakan sebaiknya

Ikhlas dariku...
Merak

LRT dan Baju

Setiap pagi kalu nk pi opis, Merak naik train dari station Bukit Jalil. Arini agak terlewat skit. Merak terlepas train jam 7.45am. Sbb jam teruk kt depan IOI td. Maklum la ujan kan. So masing2 pandu slow bangat. Geram!!

Disebabkn terlepas train, Merak pn naik the next train jam 8.10am mcm tue (Merak ni tak biasa nk tgk jam..so just agak2 jela), pastu ade sorg mamat ni pakai baju serupa dgn Merak. Tapi dia pakai vest itam. Nasib baik Merak tak pakai vest. Mmg ade hajat nk pakai pg tadi. Kalu la pakai... Alahai... sure org akan bandingkan Merak dgn dia. Tp..... yg penting Merak lgi GORGEOUS dr dia ok?! Hehehe... (matila kna carut sbb angkat bakul sendiri).

Train pg ni mmg sesak giler. Dah mcm tin sardine kot Merak tgk. Rimas pn ade. Selalu tak mcm nie. Ni mesti kes semua bangun lambat pastu jam sekali. Mmg a very nice combination kan.

Yg penting Merak suka pagi nie. Tgk Dia senyum masa anta Merak kuar dari umah. Best!! =)

Monday, March 7, 2011

Tujukan untuk DIA

Kali ni Merak saje poyo nak jiwang2 skit. Merak nak tujukan lirik lagu ni kt DIA yg Merak paling syg. Terima kasih di atas kasih sayang yg tak ternilai harganya utk Merak. Mmmmmmuah!! (tergedik la plak...hehehehe)

Bulan sabit yang jatuh di pelantaran
Bintang redup tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa

Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
Tak terlintas dendam di balik mata indahmu
Aku yang merasa sangat berdosa padamu
Masih pantaskah ku mendampingimu

Biarlah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...