Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.
Showing posts with label Tragedi. Show all posts
Showing posts with label Tragedi. Show all posts

Friday, April 29, 2011

Merak Kebasahan

Lately asyik hujan je. Pagi dan petang. Hujan mencurah2. Nape eh?

Korang ingat tak. Masa dulu2, kita ada musim hujan kan. Kalu tak silap ujung2 tahun musim ujan. Tapi skang ni hujan taj menentu. Suka2 dia je nak turun. Pastu sekali turun mcm membalas dendam je. Giler lebat!

Korang kan tahu Merak skang ni dh jadi Merak Perempit. Hehehe. So disebabkan hujan yg mencurah2 ni, Merak selalu kebasahan.

Pg ni hujan lebat lg. Dari Puchong sampai la ke Sunway. Walaupun Merak pakai baju hujan but masih kebasahan. Masuk opis Merak menggigil. Bulu2 Merak kuyup je. So tak dapat nk panaskan badan Merak ni. Sian kan. Tapi takpe, semua ni pengalaman and Merak suka je redah hujan. Terimbau balik zaman muda2 Merak dulu (dh tua Merak rupanya...hiks).

Ni ade satu citer. Semalam masa Merak nak balik umah, Merak lalu la jalan motorsikal kat Federal Hiway tu. Sekali sampai kat exit 222 tu, jalan tu ditutup. Sebab ape? Sebab banjir!!! Tinggi giler air dia. Kalu redah tu bleh mati ar motor tu kt tgh2 lopak air tue. Hehehehe.

So korang yg menunggang motorsikal, sila berhati-hati ok. Bahaya tau bermotorsikal. Pastu korang enjoy bermain hujan ok. Bile lagi kannnn.... (^_^)

Monday, March 28, 2011

Car Accident

Sori korang. Merak tak sempat nak update korang pasal cerita keta Merak.

Actually last Monday (dh seminggu pun kes ni berlaku, baru nk update korang. Sian), masa tu Merak on the way nak balik ke Puchong. Kes ni berlaku selepas traffic light TPM tu.

Sesapa yg selalu ikut jalan situ tau kan betapa la jamnya traffic situ masa org nak balik keje kan. Masa tu Merak nak menuruni cerun bukit tu. Mcm selalu, Merak tak tekan minyak kalu turun bukit. Save skit minyak katanya.

Pastu, bila dh nak sampai kt traffic light kt Taman Rekreasi Bukit Jalil tu, traffic depan dh slow so Merak nk tekan brek tapi terlepas. Ape lagi.....DUSHHHH!! Merak melanggar bonet belakang keta depan Merak.

Pemilik keta tue seorg yg berumur. Keje sekuriti area Bukit Jalil gak. Memula tu nampak mcm marah giler pakcik tu tp nasib baik Merak dpt kawal keadaan. Tak jadi pakcik tu nak marah. So Merak pn setel la benda ni cara baik. Merak suruh pakcik tu claim atas insurans Merak. Tapi kan, bila Merak tgk keta dia, takde la teruk sgt. Lekuk skit je kt belakang tapi bonet depan Merak, astaghfirullah, mcm kna langgar Garuda!! Terperosok ke dalam. Alahai. Sedih Merak tgk. Yela. Merak tak penah accident tau! Tapi nak wat cane. Benda nak jadi kan. Merak reda.

Malamnya Merak pergi buat polis report kat Puchong Jaya. Rsnya dua jam Merak tunggu. Dari jam 9 lebih sampai la ke jam 12 baru siap. Lepas tu, Merak kan setelkan kes ni kat balai polis Sri Petaling ataupun Sg Besi. Since Merak tak tau sgt mana terletaknya balai polis Sri Petaling, Merak minta tunjuk jalan dari polis kt Puchong Jaya tue.

Dgn yakin polis wanita itew menunjukkan jalan. Kalu korg nak tau dia tunjukkan jalan ke balai polis Petaling bukan SRI PETALING!! Merak ade cuba confirmkn samada balai polis sri petaling dkat dgn Endah Parade tp dgn yakin polis wanita itew menidakkan Merak. So Merak just follow jela arahan polis kan.

Last-last Merak sampai balai polis Sri Petaling dalam jam 1 lebih. Pagi subuh giler korang. Mata Merak dh ngantuk ni. Sian Merak tgk Dia. Dia temankan Merak dari awal lg. Penat dan mengantuk dia. Nway, thank sayang sbb temankan Merak!!

Setelah selesai, Merak kna amik salinan report kat balai polis trafik Jalan Bandaran keesokan harinya. Selepas tu Merak hantar keta Merak ke Kepong untuk dibaiki. Sekian.

Itula citernya. Dah kot. Merak malas nak taip lagi. Korang jgn risau. Merak ok je. Cuma Merak ade trauma skit lpas accident tu. dalam beberapa hari Merak begitu takut nak memandu. Huhu. But skang dah ok. Merak dh kembali mengembangkan ekornya!! Yeay!!

Thursday, March 24, 2011

Merak vs. Ako Mustapha

Selesa lepas Merak pi setel hal keta Merak yg kna accident petang Isnin (nanti Merak buat posting pasal accident tu eh...tgh takde banyak masa ni).

Merak dan Dia pi Balai Polis Trafik Jalan Bandaran untuk dapatkan salinan report yg Merak buat semalamnya (jam 2 pagi baru Merak sampai umah..pnat!!). Masa sampai ke balai polis ni, adalah brader ni baik semcm je dgn Merak dan Dia. Tolong Merak setel kes Merak termasuk skali pembaikan keta Merak.

So, Merak dan Dia malas nk pening-pening kepala (tapi kami berwaspada takut kna tipu), kami ikut nasihat brader dan hantar keta Merak ke Jalan Jinjang, Kepong (jauh giler!! kawasan bengkel yg menakutkan!).

Masa on the way brader tu hantar Merak dan Dia balik ke Puchong (brader ni offer nak hantar kami balik..padan la muka sbb jauh kwsn umah kami), brader ni buka la citer.

"Saya ingatkan abang ni artis Ako Mustapha. Sekilas saya pandang tadi masa kat balai polis"

Terus Merak terkesima kejap.

"Aku dgn Ako Mustapha??!!"

Senyum lebar Merak. Banyak kali Merak dpt pujian tu. Itupn kalu Merak pakai spek mata hitam. Ce Merak buka spek tu... dari Ako Mustapha, Merak jadi brader potong rumput tepi umah Merak. Nanges!!

Ce korang tengok. Ade ke samenya Merak dgn Ako ni? Ceciter...ceciter...

 vs. 


Monday, March 21, 2011

Merak & Takuk Lama

Pagi ni Merak baca coretan Dia. Huhu. Merak tersentak. Masih tiada perubahan rupanya Merak ni. Merak masih di takuk lama. Apa yg Merak harus lakukan. Segala yg Merak lakukan nampaknya tidak membuahkan hasil malah membuatkan situasi makin teruk.

Jumaat lepas, masa lunch, Merak telah ke MidVal bersama teman rapat Merak, Aidil. Plan kami hanya mau makan tengah hari di sana. Tiada niat lain. Permulaan yg melambatkan kerna train sampai lewat. Merak dh lali dgn komuter. Ramai yg komplen pasal kelewatan train setiap hari. So malas nk geram-geram dgn train.

Sesampai di MidVal, kami ke Belanga memesan Laksa Asam. Merak tak bleh makan yg heavy-heavy sgt skang ni. Berat badan Merak makin bertambah. Pelik Merak. Lagi dijaga lagi bertambah. Huhu.

Sepanjang Merak di Belanga, coverage mmg suck. Tak dpt terima mesej apatah lagi membalas. Ada beberapa mesej dr Dia Merak tak dapat balas. Merak pasti Dia tertanya-tanya. Risau Merak.

Lepas makan, Merak balik menaiki train jg. Namun Merak masih gagal menghantar mesej kpd Dia. Apalah nasib Merak. Im sure Dia akan marah. Huhuhu. Dan seperti yg dijangka, selepas Merak sampai di opis, Merak terima mesej darinya. Lebih dari 10 mesej termasuk miss call notification. (Alamak!!) Merak bertambah risau. Tapi Merak tak dapat menghubunginya terus. Masuk saja ke opis, manager Merak panggil. Ada dokumen penting yg harus disiapkan hari tu juga. Haisssh.

Bila Merak dh free, Merak cuba jelaskan pdnya namun hampa. Merak paham situasinya. Kerana kisah lalu yg begitu melukakan hatinya, Dia masih prasangka dgn Merak dan Merak tidak menyalahkannya. Kerna Merak sendiri yg mencari bala.

Plan kami nak menonton movie Merong Mahawangsa hampir-hampir terbantut. Dia begitu terkilan dgn Merak. Marah Merak rasa. Setelah kisah tengah hari, ditambah pula dgn Merak terpaksa stay di office sampai jam 7 kerana Merak kena tunggu pihak atasan kembalikan dokumen untuk tindakan selanjutnya. Merak bertambah terseksa. Merak tau Dia makin prasangka. Huhu.

Dia,
Setelah apa yg berlaku lalu, I berjanji pd diri sendiri tidak akan sesekali melukakan hatimu. I telah berjanji! I tau kepercayaanmu makin merosot. Jd, I akan terus berusaha. Walau payah mcm mana pun. Mendapatkan kembali kepercayaanmu. Janjiku bukan kosong semata. Akan I buktikan pd U.


I tau, pada U, kata-kata kemaafan dr I tidak bermakna apa-apa. Tidak membawa erti apa-apa. Hanya sekadar ungkapan utk melepaskan diri. Tapi percayalah, bukan itu niat I. Bukan utk melepaskan diri. Air mata yg tertitis kerna perasaan serba salah yg teramat serta rasa diri yg tidak diendahkan bagai org asing ketika di samping.


I akan berusaha SAYANG. Utk CINTA kita. I akan berusaha bersungguh-sungguh. Percayalah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...