Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.
Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Keberangkatan Merak

Esok Merak akan berangkat ke London menaiki Airasia-X.

Perasaan Merak bercampur baur. Tapi yg banyak mempengaruhi Merak, perasaan takut dan sedih.

Kenapa takut? Sbb Merak tak yakin pergi ke negara-negara Eropah. Takut keadaan di sana. Mcm-mcm yg Merak fikir dan semuanya menakutkan Merak. Hopefully apa yg Merak takutkan takkan berlaku. Amin.

Keberangkatan Merak kali ni tanpa Dia di sisi Merak. Merak rasa tak sempurna tanpa Dia. Plan Merak nak ke Eropah ni dibuat awal tahun lepas dan masa tu Merak masih single. Kan best kalu Dia pn ada. At least Merak takde la sunyi dan takut berseorangan.

So korang, Merak akan berhenti seketika update blog Merak ok. Nanti Merak akan citer kat semua pasal trip Merak ke Eropah.

Moga-moga semuanya berjalan dgn lancar dan Merak akan selamat. Amin. Doakan Merak sekali ye korang.

Monday, March 14, 2011

Majlis Kahwin dan Jimrami

Kali ni Merak nak update ape yg Merak buat masa weekend lepas. Alhamdulillah, masa weekend Merak dipenuhi dgn aktiviti yg best!! Merak suka!!

Setiap Sabtu Merak ada kelas on Islamic Laws. Hehehe. Best tak bunyi dia? Merak baru je start. Dh masuk kelas kedua nie. But Merak taknak citer pasal kelas. Merak nak citer pasal benda yg best nih. Hehehe

Kwn baik Merak melangsungkan perkahwinan dia Sabtu lepas di Ipoh kat Seri Malaysia Hotel. Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar dan ramai yg datang. Merak suka makanan yg dihidangkan. Semua sedap belaka. Merak rasa mcm nak bungkus je bawa balik. Ekekeke.

To my BFF Fendy,

Merak nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga korang memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dikurniakan zuriat2 yg soleh dan solehah. Dilimpahkan rezeki-rezeki yg halal. Amin....

Lepas je ke Ipoh, Merak bertolak ke Sitiawan plak. Singgah ke umah mak kwn baik Merak, Noor. Memula tak berhajat nak tido sane tapi sebabkan letih sgt, bermalam lah di umah mak Noor.

Yg bestnya, bertandang umah org, Merak, Dia and Noor, ajak mak Noor sekali main Jimrami!!! Mmg best!! Korng mesti tak tau permainan ni kan. Takpe. Korang pi google kt tenet eh. Mmg addicted tau main benda ni. Kitaorg main dari pagi sampai la jam 3.00 ptg. Best!!

Lg satu yg best, mak Noor masak masakan yg sedap-sedap belaka contohnya pakis tumis, ayam lemak cili padi, sambal daging lembu dan sambal belacan. Pergh!!! Sedap hingga menjilat jari!! Merak terpaksa unbutton seluar Merak sbb dh kembung sangat. Hahahahaha.

So ni la diary Merak last weekend. Korang plak mcm mane? Merak pasti semuanya best-best belaka kan?

Sunday, February 13, 2011

Gambar-gambar Bromo

Seperti yg aku janjikan, nila beberapa gambar Bromo yg aku amik mase kat Gunung Panajakan.

Gambar-gambar yg lain, korang bleh tgk kat FB aku.









 




Friday, February 4, 2011

Gunung Bromo, Malang Indonesia

Minggu lepas aku ke Surabaya. Selama 6 hari aku di sana. Tujuan ke sana ialah ingin melihat keindahan Gunung Bromo yg selalu diperkatan org.

Alhamdulillah. Nasib baik Airasia menyediakan kos penerbangan yg murah. Hanya dgn RM25, aku dpt pergi ke Surabaya pergi dan balik. Satu peluang yg aku tak akan lepaskn.

Pengalaman yg aku peroleh mmg sukar digambarkan melalui kata-kata. Keindahan gunung-ganang yg memukau pandangan. Kawasan savana di sekitar gunung. Satu pengalaman baru utk aku.

Walaupun Gunung Bromo ketika itu mengeluarkan kepulan asap tebal serta letusan kecil, namun aku berpuas hati. Malah, jika ada peluang, aku akan ke sana lg.

Nanti aku akan upload gambar2 aku di sana. Sekarang ni, semua gambar masih di dalam kamera kwn aku. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...