Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Monday, March 14, 2011

Majlis Kahwin dan Jimrami

Kali ni Merak nak update ape yg Merak buat masa weekend lepas. Alhamdulillah, masa weekend Merak dipenuhi dgn aktiviti yg best!! Merak suka!!

Setiap Sabtu Merak ada kelas on Islamic Laws. Hehehe. Best tak bunyi dia? Merak baru je start. Dh masuk kelas kedua nie. But Merak taknak citer pasal kelas. Merak nak citer pasal benda yg best nih. Hehehe

Kwn baik Merak melangsungkan perkahwinan dia Sabtu lepas di Ipoh kat Seri Malaysia Hotel. Alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar dan ramai yg datang. Merak suka makanan yg dihidangkan. Semua sedap belaka. Merak rasa mcm nak bungkus je bawa balik. Ekekeke.

To my BFF Fendy,

Merak nak ucapkan Selamat Pengantin Baru dan moga korang memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dikurniakan zuriat2 yg soleh dan solehah. Dilimpahkan rezeki-rezeki yg halal. Amin....

Lepas je ke Ipoh, Merak bertolak ke Sitiawan plak. Singgah ke umah mak kwn baik Merak, Noor. Memula tak berhajat nak tido sane tapi sebabkan letih sgt, bermalam lah di umah mak Noor.

Yg bestnya, bertandang umah org, Merak, Dia and Noor, ajak mak Noor sekali main Jimrami!!! Mmg best!! Korng mesti tak tau permainan ni kan. Takpe. Korang pi google kt tenet eh. Mmg addicted tau main benda ni. Kitaorg main dari pagi sampai la jam 3.00 ptg. Best!!

Lg satu yg best, mak Noor masak masakan yg sedap-sedap belaka contohnya pakis tumis, ayam lemak cili padi, sambal daging lembu dan sambal belacan. Pergh!!! Sedap hingga menjilat jari!! Merak terpaksa unbutton seluar Merak sbb dh kembung sangat. Hahahahaha.

So ni la diary Merak last weekend. Korang plak mcm mane? Merak pasti semuanya best-best belaka kan?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...