Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Monday, March 21, 2011

Merak & Takuk Lama

Pagi ni Merak baca coretan Dia. Huhu. Merak tersentak. Masih tiada perubahan rupanya Merak ni. Merak masih di takuk lama. Apa yg Merak harus lakukan. Segala yg Merak lakukan nampaknya tidak membuahkan hasil malah membuatkan situasi makin teruk.

Jumaat lepas, masa lunch, Merak telah ke MidVal bersama teman rapat Merak, Aidil. Plan kami hanya mau makan tengah hari di sana. Tiada niat lain. Permulaan yg melambatkan kerna train sampai lewat. Merak dh lali dgn komuter. Ramai yg komplen pasal kelewatan train setiap hari. So malas nk geram-geram dgn train.

Sesampai di MidVal, kami ke Belanga memesan Laksa Asam. Merak tak bleh makan yg heavy-heavy sgt skang ni. Berat badan Merak makin bertambah. Pelik Merak. Lagi dijaga lagi bertambah. Huhu.

Sepanjang Merak di Belanga, coverage mmg suck. Tak dpt terima mesej apatah lagi membalas. Ada beberapa mesej dr Dia Merak tak dapat balas. Merak pasti Dia tertanya-tanya. Risau Merak.

Lepas makan, Merak balik menaiki train jg. Namun Merak masih gagal menghantar mesej kpd Dia. Apalah nasib Merak. Im sure Dia akan marah. Huhuhu. Dan seperti yg dijangka, selepas Merak sampai di opis, Merak terima mesej darinya. Lebih dari 10 mesej termasuk miss call notification. (Alamak!!) Merak bertambah risau. Tapi Merak tak dapat menghubunginya terus. Masuk saja ke opis, manager Merak panggil. Ada dokumen penting yg harus disiapkan hari tu juga. Haisssh.

Bila Merak dh free, Merak cuba jelaskan pdnya namun hampa. Merak paham situasinya. Kerana kisah lalu yg begitu melukakan hatinya, Dia masih prasangka dgn Merak dan Merak tidak menyalahkannya. Kerna Merak sendiri yg mencari bala.

Plan kami nak menonton movie Merong Mahawangsa hampir-hampir terbantut. Dia begitu terkilan dgn Merak. Marah Merak rasa. Setelah kisah tengah hari, ditambah pula dgn Merak terpaksa stay di office sampai jam 7 kerana Merak kena tunggu pihak atasan kembalikan dokumen untuk tindakan selanjutnya. Merak bertambah terseksa. Merak tau Dia makin prasangka. Huhu.

Dia,
Setelah apa yg berlaku lalu, I berjanji pd diri sendiri tidak akan sesekali melukakan hatimu. I telah berjanji! I tau kepercayaanmu makin merosot. Jd, I akan terus berusaha. Walau payah mcm mana pun. Mendapatkan kembali kepercayaanmu. Janjiku bukan kosong semata. Akan I buktikan pd U.


I tau, pada U, kata-kata kemaafan dr I tidak bermakna apa-apa. Tidak membawa erti apa-apa. Hanya sekadar ungkapan utk melepaskan diri. Tapi percayalah, bukan itu niat I. Bukan utk melepaskan diri. Air mata yg tertitis kerna perasaan serba salah yg teramat serta rasa diri yg tidak diendahkan bagai org asing ketika di samping.


I akan berusaha SAYANG. Utk CINTA kita. I akan berusaha bersungguh-sungguh. Percayalah.

2 comments:

apezs shah said...

salam

acik sabar yea..
usu doakan yg terbaek dalam hubungan acik
dan dia.. cuba sedaya mungkin okeh.
usu percaya dia pon sayangkan acik.... ;)

Merak said...

Thanks Ucu. Dia mmg syg sgt kt acik. Acik je yg kna berusaha skang ni. Thanks Ucu. =)

Nway, upload la gmbr2 modelling. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...