Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Friday, May 6, 2011

Sudip...Sudip...Merak

Hehehehe.. Merak curik tagline "Senduk...senduk...Fifi" dari Hot.fm. Macam best la plak main curik2 tagline ni. Hehehehehe.

Semalam lepas Merak dari keje, Merak saja belek2 buku resipi sambil tengok tv. Dalam belek2 tu, Merak terpandang satu masakan yg Merak lama tak masak. AYAM MASAK KICAP!!! So ape lg, Merak pun bersiap2 nak ke kedai beli bahan masakan (nasib baik masih awal kalu dah jam 10 haram la Merak nak kuar beli bahan).

Tetiba Merak terfikir, takkan la makan lauk je kan. Mesti kan company dgn sayur mayur. So fikir punya fikir, akhirnya Dia bagi idea masak KOBIS MASAK LEMAK. Terliur Merak bila dengar. Sedap ni. Masakan kampung sangat.

Dah lama kot Merak tak kunjung dapur umah Merak. But alhamdulillah masakan Merak menjadi dan Dia makan sampai kekenyangan. Merak plak lambat giler nak abis bahagian Merak. Merak pelik nape lame sangat nak abis nasi. Rupanya Merak banyak ratah lauk dan sayur je. Nasi, Merak sentuh skit2 je. Hehehe. Tapi Merak mmg kenyang. Sedap!!!

Yg tak bestnya, plan Merak nak masak UDANG MENTEGA GORENG tak kesampaian sebab Merak lupa beli telur. Huhuhu. Takpe, lain kali Merak masak lagi. =)

Thursday, May 5, 2011

Si Dewa Petir

Malam tadi Merak dan Dia pi The Summit nak nonton movie THOR. Merak dh beli tiket awal, hari Selasa. Ye ar, hari Rabu tiket murah so kalu belasah je pi wayang tanpa booking or online purchase, putih mata la gamaknya. Thanks to technology!! You save my day!! =)


Apa yg Merak nak cakap pasal movie nie hanya satu perkataan. SUPERB!!!! Tapi perkataan ni pn tak dapat gambarkan betapa puas hatinya Merak dan Dia tgk movie nie. Mmg best giler!! Visual dia mmg mantap!! Jalan citer pun best!! In total, Merak berpuas hati giler!! Kalu nak bg rating Merak kasi 10+10 stars untuk filem nie.

Korang nak Merak citer ke pasal movie ni? Kang spoil plak mood korang nk menonton. Hehehe.

Okla Merak buat summary je. Skit je ye.

Movie ni pasal permulaan watak THOR dan asal usulnya. Kemudian disusuli masalah attitude THOR sehingga membawa malapetaka dan memakan diri sendiri. Plus pengkhianatan seorang adik yg cemburu melihat kejayaan abangnya sehinggakan sanggup mengancam bahaya semua pihak dan bersekongkol dengan musuh. Ada la selit kisah cinta antara THOR dan JANE.

So korang kena tonton filem ni ok. Merak nak beli DVD dia plak lpas ni. Tak puas tgk sekali. Nak tengok lagi!!



 

Friday, April 29, 2011

Merak Kebasahan

Lately asyik hujan je. Pagi dan petang. Hujan mencurah2. Nape eh?

Korang ingat tak. Masa dulu2, kita ada musim hujan kan. Kalu tak silap ujung2 tahun musim ujan. Tapi skang ni hujan taj menentu. Suka2 dia je nak turun. Pastu sekali turun mcm membalas dendam je. Giler lebat!

Korang kan tahu Merak skang ni dh jadi Merak Perempit. Hehehe. So disebabkan hujan yg mencurah2 ni, Merak selalu kebasahan.

Pg ni hujan lebat lg. Dari Puchong sampai la ke Sunway. Walaupun Merak pakai baju hujan but masih kebasahan. Masuk opis Merak menggigil. Bulu2 Merak kuyup je. So tak dapat nk panaskan badan Merak ni. Sian kan. Tapi takpe, semua ni pengalaman and Merak suka je redah hujan. Terimbau balik zaman muda2 Merak dulu (dh tua Merak rupanya...hiks).

Ni ade satu citer. Semalam masa Merak nak balik umah, Merak lalu la jalan motorsikal kat Federal Hiway tu. Sekali sampai kat exit 222 tu, jalan tu ditutup. Sebab ape? Sebab banjir!!! Tinggi giler air dia. Kalu redah tu bleh mati ar motor tu kt tgh2 lopak air tue. Hehehehe.

So korang yg menunggang motorsikal, sila berhati-hati ok. Bahaya tau bermotorsikal. Pastu korang enjoy bermain hujan ok. Bile lagi kannnn.... (^_^)

Wednesday, April 27, 2011

Merak Sedih

Malam tadi Merak tak dapat tido dengan nyenyak. Banyak benda yg Merak fikirkan dalam kepala skang ni. Merak tak sedar jam bape Merak terlelap. Tau2 je dah pagi. Ujan lebat plak tue. Bestnya kalu sambung tido dari pergi kerja. Hehehehe.

Actually pagi ni Merak rasa sedih sbb org yg Merak sayang bagi mesej ni kat Merak;

"Luv u so much n im so sorry makes u worried abt myself. I just wish I didnt wake up to face another day."

Merak risaukan Dia sbb Merak sygkan Dia sesgt. Huhuhu.

Dia,
Kita tempuh semua ni bersama-sama k. I'm sure ada jalan penyelesaian nanti. Yg penting kita berusaha ye.
Luv u too.... Mmmmmuah!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...