Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Friday, April 29, 2011

Merak Kebasahan

Lately asyik hujan je. Pagi dan petang. Hujan mencurah2. Nape eh?

Korang ingat tak. Masa dulu2, kita ada musim hujan kan. Kalu tak silap ujung2 tahun musim ujan. Tapi skang ni hujan taj menentu. Suka2 dia je nak turun. Pastu sekali turun mcm membalas dendam je. Giler lebat!

Korang kan tahu Merak skang ni dh jadi Merak Perempit. Hehehe. So disebabkan hujan yg mencurah2 ni, Merak selalu kebasahan.

Pg ni hujan lebat lg. Dari Puchong sampai la ke Sunway. Walaupun Merak pakai baju hujan but masih kebasahan. Masuk opis Merak menggigil. Bulu2 Merak kuyup je. So tak dapat nk panaskan badan Merak ni. Sian kan. Tapi takpe, semua ni pengalaman and Merak suka je redah hujan. Terimbau balik zaman muda2 Merak dulu (dh tua Merak rupanya...hiks).

Ni ade satu citer. Semalam masa Merak nak balik umah, Merak lalu la jalan motorsikal kat Federal Hiway tu. Sekali sampai kat exit 222 tu, jalan tu ditutup. Sebab ape? Sebab banjir!!! Tinggi giler air dia. Kalu redah tu bleh mati ar motor tu kt tgh2 lopak air tue. Hehehehe.

So korang yg menunggang motorsikal, sila berhati-hati ok. Bahaya tau bermotorsikal. Pastu korang enjoy bermain hujan ok. Bile lagi kannnn.... (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...