Aku si Merak

My photo
Insan biasa yang punya hati dan perasaan. Mengolah bait-bait kata menjadi pendorong diri dan tauladan untuk semua. Hidup penuh pancaroba tetapi hendaklah mencari sinar di sebalik musibah itu. Melangkah lebih utuh dan berani untuk hadapi masa depan yang pastinya sukar untuk diramalkan. Hiduplah dengan bertujuan dan bermurah hati dalam membimbing ke arah kecemerlangan.

Biodata Merak

Merak dilahirkan dgn cara kampung di mana arwah Nenek Merak menyambut kelahiran Merak di rumah di kampung Terbok Marso.

Dari kecil Merak dibesarkan di kampung sehinggalah umur Merak mencecah 16 tahun di mana Merak berkelana ke Jasin Melaka untuk menuntut ilmu. Selama 24 purnama Merak menuntut dan Merak bersyukur di akhir pengajian Merak, Merak mendapat keputusan yg cemerlang.

Berbekalkan keputusan yg cermerlang itu, Merak menyambung pengajian di Shah Alam dalam jurusan akaun. Walaupun pada mulanya Merak tidak meminati akaun kerana kesukaran subjek tersebut namun Merak sahut cabaran kawan baik untuk membuktikan pada semua, akaun adalah satu subjek yg menyeronokkan dan mudah.

Alhamdulillah, setelah empat tahun setengah, Merak berjaya memperoleh segulung ijazah yg menjadi kebanggaan Merak dan keluarga Merak. Syukur pd Allah. Dia yg menentukan halatuju Merak selama ni dan banyak membantu Merak dalam menjalani kehidupan Merak. Alhamdulillah. Segala pujian hanya layak untukMu, ya Allah.

Setelah tamat pengajian, sekarang ini Merak mendapat kerja di salah sebuah syarikat badan berkanun yg begitu popular di Malaysia. Sebut saja namanya sudah pasti semua org tahu.

Kini, telah lima tahun Merak mencari rezeki di sini. InsyaAllah Merak akan berada di sini untuk jangka masa yg lama lagi.

Selain itu, kini hidup Merak semakin ceria dan bahagia bersama insan yg Merak sgt sayang. Moga hubungan kami akan berkekalan. Doakan Merak dan Dia ya.

(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...